Tuesday, March 27, 2018

Kasih sayang

Kasih sayang....

Bagaimanakah anda tahu itu kasih sayang?

Bila anda dihargai ...walaupun hanya dengan senyuman dan ucapan semudah "Terima kasih"

Anda akan rasa tenang dan selesa, bukan?


Anda pernah diberi dorongan positif ....walaupun anda telah secara tidak sengaja melakukan kesalahan?

Orang atasan anda pernah berkata begini?  " Tak mengapa. ..kita boleh cuba baiki kekurangan yang ada dan bersama sama cari jalan untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku lagi."

Anda rasa lebih tenang dan bermotivasi untuk memperbaiki keadaan dan melakukan sebaik mungkin!


Nilai positif yang anda lakukan hanyalah sebesar duit syiling 5 sen sahaja dan itu adalah rutin biasa anda yang anda tak boleh hindarkan.

Pegawai atasan anda menyedari dan mewar warkan kepada seluruh jabatan hingga anda tersipu sipu.....

Wah,!!!!! Berbunga bunga kan hati anda?


Bilahatiberbicara


Anda hanyalah orang biasa biasa, tapi pekerjaan anda mungkin menyebabkan anda terpaksa berada atau berurusan dengan orang orang hebat...tapi anda tetap dilayan sama setara..hinggakan anda pula yang terasa malu...itu kasih sayang sebenarnya!!!!

Jadi belajarlah menghargai...walaupun hanya dengan senyum....kerana penghargaan adalah kasih sayang, perihatin dan perhatian memberi nilai positif dan menyemarakkan rasa gembira.

Jika anda seorang ketua, anak buah anda akan lebih ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab, kerana mereka akan merasai sebahagian dari struktur yang membina organisasi.
Organisasi akan runtuh dengan sekelip mata tanpa sentuhan kasih sayang dan penghargaan.

Kerana itu....
belajarklah menghargai dan menyayangi kerana anda tidak boleh hidup dunia ini sendirian!!!!!


No comments:

Post a Comment