telah dia benamkam
permata-permata miliknya ke dasar taasub cinta yang paling dalam
hingga kian pudar sinar yang sebelumnya begitu cemerlang
aku yang hanya mampu menyaksikan
terpegun dan terkedu
terkesima menahan sendu
kerana permata-permata itu sebahagiannya juga milikku
aku hanya mampu menjadi pendengar setia
permata hatiku meluah derita...
aku?
hanya sanggup menyatakan yang aku masih mengasihinya
dan masih sanggup mencurah rasa cinta
aku masih sanggup...
melihat permataku terbenam perlahan lahan
tanpa ku hulur tangan
bagi menariknya keluar
dari lumpur ketaksuban
dayuskah aku?
kerana tidak mampu walau hanya sepatah isyarat bisu?
menjadi pemerhati yang hanya menggumam
terkumat kamit tanpa perkataan!!!!\
hinakah aku?
hanya menahan rasa duka dan kecewa
tanpa airmata.......
walaupun nada kesalku menggunung tingginya...
aku masih tidak mampu
menahan kehendak pewaris mutlak.
aku hanya mampu
menggulung rasa kecewa dalam payah
seolah aku turut sama pasrah
membiar yang berhak membenam permata ku jua
dalam ketaksuban yang tidak berpenghujung........
kuala lumpur/ disember 2012