Sunday, July 25, 2010

MANUSIA PERLU MELAPANGKAN DIRI SENDIRI......

Salam.....pagi yang indah dan tenang...kerja memang banyak....tapi tidakkah kita perlu melapangkan diri kita untuk sesuatu yang kita suka? Kalau kita sentiasa hanyut dengan kesibukan kita, akhirnya akan kita dapati bahawa kita tidak seperti orang lain....kalau kita hanya seorang surirumah...sentiasalah kita akan penuh dengan jadual masak ,cuci kain, lipat baju dan segala kerja rumah yang tak pernah habisnya.....bila kita akan sesekali jadi diri kita sendiri....rehat.....minum kopi sambil mendengar muzik,menonton siri yang memang kita gemar ataupun sesekali melihat keindahan air kolam tepi rumah kita sendiri yang penuh dengan ikan yang cantik?
Ataupun kita ingin keluar sedikit dari kepompong hidup...sambung belajar??? haaa....ini pengalaman sendiri...enak sekali dihujung minggu berada di dunia lain, mengadap guru dan belajar sesuatu.....rasakan nikmatnya...keluar dari dunia harian yang sentiasa kelam kabut....tenggelamkan diri dengan kesibukan menuntut ilmu...bukan maknanya kita lupa siapa kita...cuma sesekali lapangkanlah diri sendiri...KERANA tiada siapa yang akan melapangkan diri anda jika bukan ANDA yang mengambil peluang itu......

BILA HATI BERBICARA.................: cinta...ada rasa ada jiwa........

BILA HATI BERBICARA.................: cinta...ada rasa ada jiwa........: "Hari ni satu hari indah yang telah ku lalui....kiranya kerja dah siap walaupun masih ada yang mengejar dateline......sekadar ingin berkongsi..."

Sunday, July 18, 2010

cinta...ada rasa ada jiwa........

Hari ni satu hari indah yang telah ku lalui....kiranya kerja dah siap walaupun masih ada yang mengejar dateline......sekadar ingin berkongsi rasa dengan anda....apa agaknya yang akan anda lakukan jika anda seorang penjawat awam dan berhadapan dengan situasi penjawat awam lain yang tidak bersikap profesional dengan pelanggan di hadapan anda....siap dengan membebel berjela jela....fuhhhh bengangnya rasa......sikap profesional sangat perlu, bersikap manis dengan pelanggan,ramah mesra apa salahnya...hmmm...memang manusia mudah lupa....
apa agaknya respon anda?

Saturday, July 17, 2010

hati berbicara lagi

biar bagaimana...
jalan yang telah terbentang
tak bisa ku berpatah kembali...
akan ku kuatkan keazaman dan tekadku
dan ku cekalkan langkah ini
kerana....

inilah jalanku.....
hanya akan terus kulimpahi
dengan nur ILLAHI

Tuhanku!
terangi jalanku ini dengan sejuta rahmat dan kasihmu....

Tuesday, July 6, 2010

KENAPA ORANG NAK CUTI?

salam tengahari....
hmmmm...letih hari ni....banyak kerja....kepala pula macam dah tak tertanggung lagi semua kerja yang perlu dibereskan....bukan mudah menggalas tanggungjawab sebagai wanita bekerjaya sekaligus jadi juga surirumah sepenuh masa....agaknya kalau tugas yang kita jalankan seharian tu dilakukan oleh orang gaji..jenuhlaa suami yang yang ada pendapatan kecil nak menguruskan kewangannya....jawabnya darah tinggi sokmo....
keletihan bermakna ada yang perlu direhatkan ...minda , jasad, fizikal, emosi atau apa saja yang boleh mnyebabkan keletihan kita berganda perlulah direhatkan....beri sediki masa senggang untuk diri sendiri..jangan terlalu memaksa...kerana bila kita sakit akibat keletihan itu yang menanggungnya adalah kita sendirian....meskipun orang lain akan berkongsi, mereka hanya berkongsi rasa , tapi kita yang akan menangggung segala keperitan itu....jadi bercutilah jika itu mampu mengurangkan keletihan hidup harian anda.....

Monday, July 5, 2010

Fikir seolah kitalah yang ada di tempat mereka......

Salam...dah lama tak masukkan entri baru...idea ada....masa kurang....taksempatmasukkan entri sebab komitmen lain lebih mendesak. Hari ni ...dalam perjalanan ke tempat kerja...terpandang sebuah sekolahyang dah mewujudkan tempat letak kereta baru untuk semua pekerjanya......bagusnya perasaan bila kereta yang kita beli dengan jerih perih boleh di letakkan di bawah teduhan....bukan apa...seharian bekerja..kereta yang kita beli tu pastinya kita tak mau ianya cepat rosak , jadi jika majikan begitu menghargai dengan menyediakan tempat letak kereta.....sejuk rasa hati...majikan seharusnya meletakkan situasi pekerja ke atas situasi sendiri...bukannya dia sendiri meletakkankereta di bawah teduhan sedangkan kereta bawahannya berpanas berhujan sepnajang tahun....sama sam kita renungkan.....