Wednesday, October 28, 2009

UNTUK ANAKKU!!!

anakku !
jika hari ini ...
telah kau mulakan langkah juangmu,
ketahuilah bahawa
ibumu ini akan sentiasa
ada dan sedia memimpin
mendengar dan berjuang bersamamu

anakku
ibumu akan jadi paling bahagia
andai doa-doa jadi nyata
dan anakku!!!
berjuanglah!!!!
aku akan sentiasa di sisimu.