Monday, November 9, 2015

TERBANGLAH SANG RERAMA.....

teman....
fikir tentang diri
bahawa kita tidak pernah bisa sentiasa sendiri...
mungkin ada ketikanya saja
kita perlu ruang untuk diam tanpa sesiapa
buat muhasabah diri....

keluar saja dari kepompong tebal
yang terbina dari keegoan diri
bahawa hanya aku yang terbaik......

kerana sang rerama pun melepaskan himpitan 
kepompong hidupnya......
dan ternyata ada warna gemilang yang menanti di luar
indahnya pelangi pagi........
setelah rintik disinar mentari
yang akan membuat kau sedar
bahawa..........

dunia indah ini perlu dikongsi dan berbagi...
percayalah 
akan kau nikmati keindahan ini
dengan rasa syukur
yang terhimpun subur.