Monday, August 31, 2015

NIKMAT MERDEKA.....

Merdeka !!!!!!!!!
Mudahnya melafaz kata itu ....
kerana kita tidak pernah mengharung derita mendapatkannya
tidak pernah menangis kerananya
tidak pernah dilukai
tidak pernah merasa disisih
tiada senjata tajam dihalakan

kita jadi tidak pandai menilai
kerana kita umpama tikus yang jatuh dilonggokkan beras
terlalu mewah hingga kita lalai alpa
hingga jadi hilang deria membeza

kembalilah wahai bangsaku
sehati sejiwa
hargai kemerdekaan ini...
cintai pertiwi ini
kerana sekali merdeka....kita akan merdeka selamanya
usah biar tangan tangan asing
mewarnai dunia kita yang sedia indah ini
meroboh tugu merdeka kita 
yang sekian lama kita bina
kerana mereka tidak pernah ada rasa
menghargai
pada hak merdeka

di kemerdekaan yang kian matang
matanglah juga
wahai bangsaku
renunglah jernih mata
anak anak kita 
usah dibiar tidur mereka nanti
di kejutkan dengan bedilan meriam
tersentak dengan tembakan

biar tidur mereka lena
biar mereka bangun ceria
berlari di padang hijau tanpa bimbang duka
biar mereka sedut angin merdeka ini
biar mereka tahu yang mereka mesti
meneruskan kemerdekaan ini
untuk anak anak mereka pastinya......

Merdeka, merdeka, merdeka..........