Tuesday, May 15, 2018

Selamat Hari Guru

Aku hanya guru biasa,
Hidup dan berjuang dalam dunia nyata,
Aku bukan lilin,
Bukan juga pelita,

Dalam dunia guruku..
Menimba dan mengajar ilmu,
Mendidik dan memberi erti,
Mengasuh dan memberi faham,

Aku hanyalah guru biasa,
Yang juga  punya duniaku sendiri,
Dan terima kasih kerana menerima aku seadanya,

Selamat Hari Guru Kali ke 47 2018
Guru Pemacu Transformasi Negara