Sunday, August 13, 2017

Benarkah?

Mencintai?
Benarkah?
Dengan membiarkan masa pergi....
Tanpa bukti sahih...
Benarkah?
Aku kian keliru....

Saturday, August 12, 2017

Mari fikirkan......

Ingin   memulakan sesuatu?

Mulakan dengan niat yang baik. Insyaallah baiklah kesudahannya.

Memulakan sesuatu..ibarat menanam sepohon pokok. Jika andalah yang menanam pokok itu, sudah pasti anda ingin melihat ia tumbuh subur, menyiramnya setiap hari,  memastikan tiada rumput liar di sekelingnya....

Anda pasti akan gembira bila melihatnya mengeluarkan tunas baru,  Sudah pasti anda tertunggu tunggu untuk melihatnya mengeluarkan bunga sulung, menelitinya sehari hari...kalau kalau ia telah mengeluarkan putik muda.

Dan bila ada putik muda yang gugur, mungkin anda mengeluh sedikit...namun masih berharap  ada bunga baru yang lebih segar akan berkembang  dan mengeluarkan putik muda yang lebih bermutu dan segar..

Jika pada kali pertama mungkin hanya beberapa biji buah terhasil, anda pasti begitu gembira,...bukan?

Dan semestinya anda berharap dan berdoa agar di musim yang baru..
akan hadir gugusan buah yang lebih banyak dan lebih bermutu dengan rasa yang lebih manis..dan sudah pasti kerana anda bersyukur ...anda akan kongsikan kegembiraan itu bersama jiran dan rakan taulan.

Namun ...jika anda bukan seorang pekebun yang baik...anda akan tanam...dan ,mencabut pokok itu bersama akarnya ....tanpa  menunggu dan memberi masa ia bertunas, berbunga wangi, berputik muda dan masak ranum....

 Anda rela menggantinya dengan pokok lain...kerana anda bukan seorang yang sabar dan perihatin dengan dunia keliling anda...

Pekebun yang bagaimanakah anda??????




Sunday, August 6, 2017

Cinta yang pergi...

Kerana cinta itu telah pergi..
Terbang....hilang dan terbuang...
Pergi bersama harapan kabur...
Yang kian lesu..
Diusung waktu.

Di tapak kasih yang mula..
Aku bina kembali...
Sisa sisa yang ada..
Satu persatu...
Jadi tugu.