Wednesday, June 29, 2016

Sabar itu indah

Sabar
jangan dibilang waktunya
usah dikira detiknya
jauhkan dihitung jaraknya

kerana sabar itu iman
sabar itu indah
 hanya yang beriman ada sabarnya
dan janji Allah itu nyata

sabarlah wahai anak
untuk kesusahan yang sedikit ini
panjatkan doa padaNYA
mohon ampun dariNYA
kerana ALLAH sentiasa bersama
hambanya yang bersabar
dan redha pada ketentuanNYA

Tuesday, June 28, 2016

Friday, June 17, 2016

Sunday, June 12, 2016

SELERAK RINDU....

rindu menyapa tika masih bersama
rindu berserakan bila berjauhan
rindu bergantungan bagaikan tidak pernah ada pertemuan
rindu
untuk dengar bicara
untuk meluah 
berkongsi rasa
rindu yang berserakan ini kini bertebaran
mencari 
ke mana telah kau lari
membawa diri

tidak adakah rindu lagi untukku
yang pernah berkongsi cerita rahsia
pun kisah kisah lara

moga Ramadhan ini
dengan Syawal indah di hujungnya
membawa cerita gembira 
rindu yang berserakan ini
bercantum kembali kasih saudara yang pernah menjauh
tanpa berita........