Sunday, July 25, 2010

MANUSIA PERLU MELAPANGKAN DIRI SENDIRI......

Salam.....pagi yang indah dan tenang...kerja memang banyak....tapi tidakkah kita perlu melapangkan diri kita untuk sesuatu yang kita suka? Kalau kita sentiasa hanyut dengan kesibukan kita, akhirnya akan kita dapati bahawa kita tidak seperti orang lain....kalau kita hanya seorang surirumah...sentiasalah kita akan penuh dengan jadual masak ,cuci kain, lipat baju dan segala kerja rumah yang tak pernah habisnya.....bila kita akan sesekali jadi diri kita sendiri....rehat.....minum kopi sambil mendengar muzik,menonton siri yang memang kita gemar ataupun sesekali melihat keindahan air kolam tepi rumah kita sendiri yang penuh dengan ikan yang cantik?
Ataupun kita ingin keluar sedikit dari kepompong hidup...sambung belajar??? haaa....ini pengalaman sendiri...enak sekali dihujung minggu berada di dunia lain, mengadap guru dan belajar sesuatu.....rasakan nikmatnya...keluar dari dunia harian yang sentiasa kelam kabut....tenggelamkan diri dengan kesibukan menuntut ilmu...bukan maknanya kita lupa siapa kita...cuma sesekali lapangkanlah diri sendiri...KERANA tiada siapa yang akan melapangkan diri anda jika bukan ANDA yang mengambil peluang itu......

No comments:

Post a Comment