Tuesday, April 12, 2011

bahagianya mereka....

Semalam , sambil menunggu seseorang aku duduk dan membaca disamping memerhatikan kekalutan dunia di sekeliling. Tak lama kemudian lalu sepasang suami isteri menghala ke arah ku...suaminya berjalan laju..mengelak kepanasan hari ku kira...si isteri kelihatan tak terganggu langsung dengan terik mentari yang menggigit....si suami sampai di hujung teduhan tempat aku duduk...menunggu isterinya....isterinhya sampai dengan senyuman...dan dengan loghat utaranya dia berkata.....hmmmm...dah pesyen jalan lambat , nak buat camana.....uhhh...mengarut sangat....dulu masa anak dara jalan pi ghata tak lambat pun...balas si suami sambil tersenyum ke arahku..... begitu juga isterinya dan terus mereka jalan beriringan ke tempat tujuan....

bahagianya melihat mereka....perkahwinan yang pada jangkaanku menginjak hampir lebih 20 tahun...dan mereka tetap memaparkan kemesraan itu....bukan hanya kemesraan waktu bercinta namun kemesraan yang tulen kerana mereka telah ada ikatan yang pasti ..............

No comments:

Post a Comment