Monday, January 31, 2011

BILA ADA YANG MEMERHATI......

Lama sudah tidak mencoret di ruangan ini....dikesempatan yang ada ini mungkin dapat kubicarakan apa saja yang terlintas hari ini...apa agaknya perasaan anda bila mengetahui ada yang memerhatikan anda? Terang terangan atau sembunyi sembunyi. Mungkin langkah anda jadi lebih teratur dari sediakala ataupun langkah anda masih seperti biasa ataupun anda tidak kisah kerana merasakan anda adalah orang yang sama walau siapapun yang melihat anda.
Mungkin ada diantara anda yang jadi tersipu bak gadis direnung si teruna ataupun anda masih berlagak biasa kerana anda adalah orang tidak mudah tergugat dengan apa saja yang berlaku disekeliling anda......
Walau bagaimanapun diri anda......ketahuilah anda ...bahawa anda sentiasa dalam perhatian, dengan pencatat yang tidak pernah tidur, tidak pernah lalai apatah lagi lupa mencatat segala gerak geri anda ke dalam buku catatan harian anda.
Dan apa yang pasti kerana anda tahu gerak geri anda diperhatikan .......berubahlah menjadi yang lebih baik hari ini, esok dan hari hari mendatang.....kerana bila MATI menjadi penamat, tiada apa lagi yang boleh kita buat untuk mengubah nilai sebuah KEHIDUPAN.......

No comments:

Post a Comment