Bagai rerama cantik
Ia terbang berkeliling..
Mengepak sayap indah...muda...jernih...bersih...
Hinggaplah pada dahan kukuh...
Dengan iman dan ilmu...
Terbang...biar jauh...
Tetap berpaut pada tali Tuhanmu..
Moga rahmat dan rahimnya...
Melimpah selalu.....
Bersama doaku untukmu......
Sunday, July 31, 2016
Sunday, July 17, 2016
Persahabatan
Persahabatan
adakala bagai air mengalir lesu
sama menuju muara
namun umpama tiada nyawa
kadang juga
bagai air sungai musim tengkujuh
laju derasnya meninggalkan mengaut semua
lekuk sungai bukan penghalang jua
kadangkala juga
bak hujan gerimis sesudah kemarau
menumbuhkan bibit bibit hijau kedamaian
menghilang panas suam sekian musim
atau mungkin juga bak pelangi yang terbit sesudah gerimis
manis dan berseri
mengisi ruang ruang suram dan sepi
mungkin juga umpama api yang marak
membakar segala cebusan cebisan kepercayaan
menghitamkan seluruh ruang kenangan
menghanguskan janji janji dilafazkan
kerana persahabatan itu
sayang. kasih . cinta
kerana NYA
jalin kembali tali persahabatan itu
bagai sabarnya lelabah
menjalin sarangnya
biar putus
tiada kata putus asa
tiada kata noktah
hanya usaha menjalin kembali
biar bersatu
dalam redhaNYA
Wednesday, July 13, 2016
MENUJU REDHANYA
Dugaan
Ujian
menguji tahap sabar
tahap iman
untukmu
untukku
untuk kita
ujian ini bukan tanda berakhirnya jalan
tapi pembuka jalan usaha
jalan doa
jalan sabar
jalan iman
jalan berkat
mengajar erti syukur
erti tawakkal
erti redha
bangkit kembali duhai puteraku
sujud padaNYA
nescaya
ujian ini
pintu keberkatan
menuju jalanNYA
Wednesday, June 29, 2016
Sabar itu indah
Sabar
jangan dibilang waktunya
usah dikira detiknya
jauhkan dihitung jaraknya
kerana sabar itu iman
sabar itu indah
hanya yang beriman ada sabarnya
dan janji Allah itu nyata
sabarlah wahai anak
untuk kesusahan yang sedikit ini
panjatkan doa padaNYA
mohon ampun dariNYA
kerana ALLAH sentiasa bersama
hambanya yang bersabar
dan redha pada ketentuanNYA
Tuesday, June 28, 2016
Friday, June 17, 2016
Sunday, June 12, 2016
SELERAK RINDU....
rindu menyapa tika masih bersama
rindu berserakan bila berjauhan
rindu bergantungan bagaikan tidak pernah ada pertemuan
rindu
untuk dengar bicara
untuk meluah
berkongsi rasa
rindu yang berserakan ini kini bertebaran
mencari
ke mana telah kau lari
membawa diri
tidak adakah rindu lagi untukku
yang pernah berkongsi cerita rahsia
pun kisah kisah lara
moga Ramadhan ini
dengan Syawal indah di hujungnya
membawa cerita gembira
rindu yang berserakan ini
bercantum kembali kasih saudara yang pernah menjauh
tanpa berita........
Subscribe to:
Posts (Atom)



















