Wednesday, October 28, 2009

UNTUK ANAKKU!!!

anakku !
jika hari ini ...
telah kau mulakan langkah juangmu,
ketahuilah bahawa
ibumu ini akan sentiasa
ada dan sedia memimpin
mendengar dan berjuang bersamamu

anakku
ibumu akan jadi paling bahagia
andai doa-doa jadi nyata
dan anakku!!!
berjuanglah!!!!
aku akan sentiasa di sisimu.

Tuesday, September 8, 2009

jika semuanya milikku
akan ku putar kembali
roda kehidupan ini
lalu kembali ke zaman mudanya
dan ku mulakan kembali

akan kujadikan duniaku
lebih indah dari hari ini
biar lebih utuh
biar lebih teguh

namun .........................
aku pasrah jua.....
bukankah kita bisa menyelak lembaran baru?
YAAAAA!!!!!!
akan kuwarnainya semula!!!!!

Tuesday, August 18, 2009

HATI PERLU SIHAT DAN HEBAT

Duhai anakku!
Walau di mana sekalipun dikau'
Ketahuilah bahawa
tidak pernah kami meninggalkanmu
menagdulah maju mundurmu
kami berdua
tetap sentiasa bersama mu
tetap mendoa
kepada yang MAHA ESA
andai mundur majulah kembali
andai maju, kekalkanlah
dan lebih maju hendaknya...........

kendatipun hatimu perlu sihat dan hebat
ingat kepada yang punyai qudrat
sesuatu berlaku sudah termaktub
kau hanya perlu berusaha lagi ikhtiar

INGAT ANAKKKU!!!!!!!!!!!
sematkan di dadamu
jadikan azimat
berhikmat
andai kau mundur lagi....
fahamilah itu adalah ujian
redhalah anakku.
PASTI ADA REDHA TUHAN

pun andai kau maju
itulah nikmat....
syukurilah!!!
kan ada kelebihan

ANAKKU!!!!!!!
mohon dilindungkan bala Tuhan
andai tersentuh
kuatkan akar kesabaran
ganjaran pastikan tiba
tak ternilai harganya
bijakkan tindak aturmu
teguhkan prinsipmu
wajib berjaya
hidupmu selesa
sentiasa sentosa
teruskan memohon rahmat dan barakahnya
bahagia didunia
dan akhirat sana!!!!!!!

Sunday, August 16, 2009

Salam untuk semua..........

semalam yang berlalu adalah pengajaran, hari ini pengalaman yang mendatang , esok pastikan bertambah beberapa lagi kebaikan untuk kita harungi ..............

rambutan masak merah
pokok tumbuh tepi paya
sebelum ku mulakan madah
salam perkenalan untuk semua.........