Mencintai?
Benarkah?
Dengan membiarkan masa pergi....
Tanpa bukti sahih...
Benarkah?
Aku kian keliru....
Sunday, August 13, 2017
Saturday, August 12, 2017
Mari fikirkan......
Ingin memulakan sesuatu?
Mulakan dengan niat yang baik. Insyaallah baiklah kesudahannya.
Memulakan sesuatu..ibarat menanam sepohon pokok. Jika andalah yang menanam pokok itu, sudah pasti anda ingin melihat ia tumbuh subur, menyiramnya setiap hari, memastikan tiada rumput liar di sekelingnya....
Anda pasti akan gembira bila melihatnya mengeluarkan tunas baru, Sudah pasti anda tertunggu tunggu untuk melihatnya mengeluarkan bunga sulung, menelitinya sehari hari...kalau kalau ia telah mengeluarkan putik muda.
Dan bila ada putik muda yang gugur, mungkin anda mengeluh sedikit...namun masih berharap ada bunga baru yang lebih segar akan berkembang dan mengeluarkan putik muda yang lebih bermutu dan segar..
Jika pada kali pertama mungkin hanya beberapa biji buah terhasil, anda pasti begitu gembira,...bukan?
Dan semestinya anda berharap dan berdoa agar di musim yang baru..
akan hadir gugusan buah yang lebih banyak dan lebih bermutu dengan rasa yang lebih manis..dan sudah pasti kerana anda bersyukur ...anda akan kongsikan kegembiraan itu bersama jiran dan rakan taulan.
Namun ...jika anda bukan seorang pekebun yang baik...anda akan tanam...dan ,mencabut pokok itu bersama akarnya ....tanpa menunggu dan memberi masa ia bertunas, berbunga wangi, berputik muda dan masak ranum....
Anda rela menggantinya dengan pokok lain...kerana anda bukan seorang yang sabar dan perihatin dengan dunia keliling anda...
Pekebun yang bagaimanakah anda??????
Sunday, August 6, 2017
Cinta yang pergi...
Kerana cinta itu telah pergi..
Terbang....hilang dan terbuang...
Pergi bersama harapan kabur...
Yang kian lesu..
Diusung waktu.
Di tapak kasih yang mula..
Aku bina kembali...
Sisa sisa yang ada..
Satu persatu...
Jadi tugu.
Terbang....hilang dan terbuang...
Pergi bersama harapan kabur...
Yang kian lesu..
Diusung waktu.
Di tapak kasih yang mula..
Aku bina kembali...
Sisa sisa yang ada..
Satu persatu...
Jadi tugu.
Saturday, July 29, 2017
Kerana aku juga manusia.
Kerana melihat kelemahan orang lain adalah sekolah terbaik untuk muhasabah diri.....
Hari ini aku belajar mengenal diri...
Bicara kelemahan mereka satu persatu....
Adalah cermin terbaik untuk muhasabah diriku...
Aku punya sederet kekurangan yang aku sedar dan tahu namun kealpaan sentiasa menerawang bertebaran....menutup buta mata hati...justeru...yang elok dan betul hanya aku.....
Dan kesekian kalinya lagi...
Aku akan cuba meletakkan tingkatan diri ....agar hari hari mendatang...
Bisa mengubah seorang aku...
Jadi lebih manusia.
Hari ini aku belajar mengenal diri...
Bicara kelemahan mereka satu persatu....
Adalah cermin terbaik untuk muhasabah diriku...
Aku punya sederet kekurangan yang aku sedar dan tahu namun kealpaan sentiasa menerawang bertebaran....menutup buta mata hati...justeru...yang elok dan betul hanya aku.....
Dan kesekian kalinya lagi...
Aku akan cuba meletakkan tingkatan diri ....agar hari hari mendatang...
Bisa mengubah seorang aku...
Jadi lebih manusia.
Monday, May 1, 2017
Sebuah kematian...
Sebuah perjalanan terakhir...
Tiada persinggahan lagi...
Tiada lagi lambaian..
Tiada juga senyuman....
Mungkin air mata mereka..
Jadi pengiring...
Namun.....
Perjalanan terakhir ini..
Hanya perlu doa dan redha...
Sebuah kematian...
Satu kepastian...
Cuma kita tidak tahu...
Bila..
Di mana...
Bagaimana..
Semoga husnul khotimah...
Sunday, April 23, 2017
Pelangi Senja...
Saturday, March 25, 2017
Jika esok.......
Menerima kehadiran orang baru dalam kehidupan peribadi atau dalam kumpulan , bukanlah satu perkara aneh atau luar biasa.
Terima kehadiran mereka seadanya, dan kita teruskan kebiasaan kebiasaan kita yang baik dan positif.
Kita tidak perlu berubah kerana kehadiran orang baru , jika apa yang kita lakukan tiada salah dan tidak mengganggu ketenteraman orang lain.Namun berusaha untuk sentiasa menyesuaikan diri dengan keadaan keadaan baru yang mungkin tidak anda senangi.
Dan jika kitalah orang baru itu, belajarlah menyesuaikan diri dengan alam baru anda. Kiranya anda ada idea hebat yang bakal membakar jika dilontarkan, usahakan untuk melihat atmosfera di sekeliling.
Belajar membina suasana harmoni, belajar memberi dan menerima, walaupun ada ketikanya kita umpama menelan ubat yang pahit, namun jika kebaikan lah penghujungnya...mengapa tidak?
Ingat pesan orang lama yang lebih dulu makan garam:
Masuk kandang kambing, mengembik, masuk kandang kerbau menguak.
Subscribe to:
Posts (Atom)
