Thursday, December 22, 2016

Pesanan buat diriku...

Hidup yang kita jalani adakala bagai bayu....sejuk, segar,nyaman.  Ada ketika yang lain, bagai angin....kencang, menderu, perlahan kembali ataupun mati seketika. Ada ketika yang lain, hidup bagai taufan, ganas dan menakutkan. Hidup ini kita yang jalaninya, pegang benar benar ,kuat kuat, teguh dan tak berpaling dariNYA.  Kerana hidup yang sekali ini, tiada ruang lagi untuk kembali memutar masa. Tebus kesilapan lama, bawa hidup di atas landasanNYA.
 Pesanan untuk diriku... dan mungkin juga untukmu di luar sana.

Tuesday, December 13, 2016

Sebuah persahabatan....

Berkawan biar seribu, berkasih biarlah satu. Kata kata peringatan orang orang lama untuk panduan bagi kita menjalani hidup di zaman serba mencabar ini.

Bukan mudah mencari sahabat sejati. Berkawan, berkisah,meluah suka duka perjalanan hidup bersaksikan kecintaan pada Yang Maha Esa.

Tulusnya nilai kasih sayang seorang sahabat tidak bisa dibanding dengan wang melimpah.

Resah duka kita, seorang sahabat bisa menduga. Keluh kesah kita, seorang sahabat boleh meneka. Anehnya, kita juga mampu untuk melepaskan gelodak jiwa kerana kepercayaan tulus padanya.

Bersahabat.....mencintai dan dicintai hanyalah keranaNya.

Pernah merasai kehilangan seorang sahabat  setia? Tertanya tanya apa gerangan yang telah menjauhkan  kita darinya?  Namun tetap merasai kehadirannya di sisi?

Dan bila bertemu kembali, ada manik manik jernih yang terlerai?

Dan kerana aku seperti kalian....mencintai sahabatku kerana Allah...doaku sentiasa ada ..agar sahabatku dilimpahi rahmat Yang Maha Esa.

Tuesday, December 6, 2016

SYUKUR ALHAMDULILLAH!!!!

Kesusahan yang hadir hari ini adalah peluang untuk menjadi lebih redha, lebih bersyukur, lebih berusaha. 

Kesusahan hari ini bukan penutup pada semua jalan. Ianya memberi ruang dan peluang untuk mengubah diri, bermuhasabah tentang segala kekurangan.

Kesusahan hari ini membuka jalan kepada usaha yang lebih bersungguh sungguh.
Kesusahan hari  ini membuka jalan untuk membaiki ibadat dan memperbanyakkan rasa syukur.

Kesusahan hari ini bisa membuat kita mengerti bahawa kita bukanlah satu satunya yang mengalami kesusahan itu. Masih ramai yang diberi kesusahan tapi pada keupayaan yang mampu mereka hadapi dan tempuhi.

Kesusahan mengajar kita untuk memandang ke arah orang lain dan bersyukur bahawa apa yang kita alami mungkin bukanlah apa apa jika dibandingkan dengan apa mereka lalui.

Jadi....bersyukur kerana diberi ujian kesusahan mahupun kepayahan kerana ianya bisa mendekatkan dirimu padaNYA!!!!

Friday, November 25, 2016

Bicara Alam

Alam bila bicara
Bicaranya penuh erti
Agar manusia mengerti
Tentang tuntutan dan kehendak
Tentang perlu dan ingin

Alam bila bicara
Bicaranya dengan angin
Dengan mendung
Dengan hujan
Dan sinar mentari juga
Bunga berkembang
Salji yang gugur
Bulan penuh..sabit
Surut dan pasang air
Segalanya
Bicara alam
Mengertikah manusia
Alammu makin tua
Makin letih
Makin lelah


Wednesday, November 23, 2016


Marah....
Redakan....
Sejukkan hati...
Ikhlaskan...

Kerana selepasnya...
Kita temui....
Lapang dan lega..
Aman dan bahagia.