Thursday, October 13, 2016

Hati yang kau lukai....

Kau mungkin pernah dilukai
hatimu mungkin pernah disakiti
Kau juga mungkin  pernah diinjak injak tanpa rasa
oleh mereka yang ingin berlalu
tanpa fikir
Yang kau juga manusia seperti dia
punya hati, rasa dan jiwa
Aduuuuhhhh... sakitnya tiada kata kata

Biar kelmarin mereka  pernah menyakiti
pernah melukai
pernah membuang pandang 
tanpa rasa ,tanpa jiwa


Jangan diulang kisah kisah duka
Untuk bahagia mu
Jangan biar insan lain 
Berduka dan kecewa
Usah diulang melukai dan menyakiti

Kerana....
Kita masih bisa mencipta bahagia
Tanpa ada hati yang kau lukai...



Tuesday, October 4, 2016

Jalan yang kita lalui
Mungkin jalan yang sama
Namun kita punya haluan sendiri
Andai kita berpapasan
Tegurlah aku
Biar mungkin kita tidak saling tahu
Biar haluan kita berbeza
Aku masih saudaramu
Yang tidak mungkin terpisah
Dalam ingatan juga doa
Dan andai di jalan ini
Kita mungkin terpisah
Aku tetap seperti aku yang dulu
Masih mengingati
Masih menyayangi.....

Saturday, August 20, 2016

Pilu yang menyerbu
Resah yang mendesak
Dunia bagai hanya ada aku
Sendiri dan terasing
Kosong dan terbuang
Ketika semua rasa bersatu
Aku hanya berpaut padaNYA
Pergilah duhai resah sendu
Menjauh
Tinggalkan aku.....
Teman....
Andai bisa...
Ingin ku sandarkan ke bahu mu...
Meluah resah pilu ku
Menghambatnya berlalu....


Tuesday, August 9, 2016

Alam......









Pesanan buat teman....

Bukan mudah mengatur ayat
biar manis, biar tertib, biar halus
moga  rambut tak putus
moga tepung tak selerak

moga air tetap tenang
biar pantai tetap bersih
biar ada gelora,,,,ombak tidak membadai
biar ada tsunami
pantai tetap landai
pepohon tetap melambai

bukan berpura
tapi usah menjeruk rasa
kita sabar dalam sepakat
kita satu biar seribu
kita kukuh bahu membahu
kerana kita pelopor melakar sejarah
mewarnai pelangi anak bangsa

kerana kita watak terbina
kerana kita maruah terbela
sedikit sama merasa

belajar memberi jua menerima
carik sama dijahit
luka sama diubati
tiada kata
kau siapa
aku siapa

untuk sebuah sejarah yang sedang kita bina
biar jadi tugu
jadi kenangan
biar terbilang

kerana kita sama
ada salah di mana mana
hati tetap satu
AYUH!!!!
kembalikan rasa nan jitu
kembalilah bersatu
moga ada damai  dalam tangis
ada cinta biarpun gerimis







Tuesday, August 2, 2016

Doa ku untukmu...

Bonda...
Di hari lahirku..
Hanya sedetik ketika..
Terasa usapan kasih..
Kucupan cintamu duhai bondaku...
Sehabis bertarung nyawa...
Kau sambut jemputanNYA...
Duhai...akulah yang kau tinggalkan itu...
Telah kurakam dalam ingatan...
Bahawa lahirku ..sesudahnya bonda berlalu..
Bahawa itulah pengorbananmu....
Moga redhaNYA mengiringi pergimu..
Duhai bondaku.....