Friday, December 11, 2015

Amarah

Amarah 
 berpusar -pusar
bergulung gulung
menerjah dinding kesabaran
Istighfar menyapa
Amarah  berlalu 
Bak pantai dikala senja
Dipuput bayu malam dingin,,,,
Lalu hilang....
Menjauh.....

Monday, November 9, 2015

TERBANGLAH SANG RERAMA.....

teman....
fikir tentang diri
bahawa kita tidak pernah bisa sentiasa sendiri...
mungkin ada ketikanya saja
kita perlu ruang untuk diam tanpa sesiapa
buat muhasabah diri....

keluar saja dari kepompong tebal
yang terbina dari keegoan diri
bahawa hanya aku yang terbaik......

kerana sang rerama pun melepaskan himpitan 
kepompong hidupnya......
dan ternyata ada warna gemilang yang menanti di luar
indahnya pelangi pagi........
setelah rintik disinar mentari
yang akan membuat kau sedar
bahawa..........

dunia indah ini perlu dikongsi dan berbagi...
percayalah 
akan kau nikmati keindahan ini
dengan rasa syukur
yang terhimpun subur.



Monday, September 14, 2015

Bila hati berbicara.......

Biar bila berbicara
bicaralah dengan hati dan minda
bicaralah dengan sepenuh rasa
bahawa jika akulah yang menjadi butir bicara itu
pasti sudah hatiku kan terluka
pasti aku kan gundah gulana
pasti hati kecilku yang kecewa.......

kerana ......
jika sudah ditutur segala bicara...
takkan terkait kembali...
takkan terpadam dari memori
mereka yang kau sentuh 
mungkin sudah terluka parah
dan hatinya sudah tidak bisa dijahit koyaknya....
dan lukanya yang berparut....
akan berdarah kembali...
mungkin semudah mengingat namamu...
atau melihat kelibatmu.....

biar bicaramu mengharum sepanjang ketika...
bak kuntuman melur...
yang mewangikan sebotol bedak sejuk ...
bertahun menjadi kenangan....
biar cuma yang biasa biasa
namun memberi makna......
pada sesiapa saja pendengarmu.....

bicaralah dengan hikmah .........

Monday, August 31, 2015

NIKMAT MERDEKA.....

Merdeka !!!!!!!!!
Mudahnya melafaz kata itu ....
kerana kita tidak pernah mengharung derita mendapatkannya
tidak pernah menangis kerananya
tidak pernah dilukai
tidak pernah merasa disisih
tiada senjata tajam dihalakan

kita jadi tidak pandai menilai
kerana kita umpama tikus yang jatuh dilonggokkan beras
terlalu mewah hingga kita lalai alpa
hingga jadi hilang deria membeza

kembalilah wahai bangsaku
sehati sejiwa
hargai kemerdekaan ini...
cintai pertiwi ini
kerana sekali merdeka....kita akan merdeka selamanya
usah biar tangan tangan asing
mewarnai dunia kita yang sedia indah ini
meroboh tugu merdeka kita 
yang sekian lama kita bina
kerana mereka tidak pernah ada rasa
menghargai
pada hak merdeka

di kemerdekaan yang kian matang
matanglah juga
wahai bangsaku
renunglah jernih mata
anak anak kita 
usah dibiar tidur mereka nanti
di kejutkan dengan bedilan meriam
tersentak dengan tembakan

biar tidur mereka lena
biar mereka bangun ceria
berlari di padang hijau tanpa bimbang duka
biar mereka sedut angin merdeka ini
biar mereka tahu yang mereka mesti
meneruskan kemerdekaan ini
untuk anak anak mereka pastinya......

Merdeka, merdeka, merdeka..........









Wednesday, June 3, 2015

SEBUAH JAWABAN PASTI

kini...
sejuta rasa ,,,
membaur menjadi satu,,,,
sebuah jawaban
pada sejuta persoalan
membentang sebuah persinggahan baru
menghampar seluas harapan
menggalas sebuah impian
dari sejuta keinginan

semoga
persinggahan ini
akan lebih bererti
dalam mengharungi
sisa sisa usia
seorang guru,,,,,,




Tuesday, June 2, 2015

SEBUAH PANGGILAN

Sebuah panggilan
mengukir persoalan
apa?
mengapa?
bagaimana?
siapa?
di mana?
semuanya berasak asak
menerjah minda kecilku
seribu satu kata tanya
yang tiada jawabnya
hanya berlegar kegar
mencari ruang kosong untuk diisikan  jawaban

moga esok
mentari timur yang terbit
membawa sebuah jawaban
pada sejuta persoalan

akan ada sinar bahagia
untukku.....