Sebuah panggilan
mengukir persoalan
apa?
mengapa?
bagaimana?
siapa?
di mana?
semuanya berasak asak
menerjah minda kecilku
seribu satu kata tanya
yang tiada jawabnya
hanya berlegar kegar
mencari ruang kosong untuk diisikan jawaban
moga esok
mentari timur yang terbit
membawa sebuah jawaban
pada sejuta persoalan
akan ada sinar bahagia
untukku.....
Tuesday, June 2, 2015
Thursday, May 21, 2015
DOA BUAT SEORANG INSAN
dia,,,,,
yang bakal mengisi
ruang hati
sebagai suri penyeri
seorang pembantu setia
untuk sebuah bahtera
bernama rumahtangga
akan kau temui
pada satu titik tertentu
tulang rusuk yang dijanjikan untukmu
telah sedia
kiranya cuma masa
yang belum tiba
teruslah bersama redha Allah
moga akan hadir untukmu
yang telah dijanjikan
dan bersabarlah untuk seketika ini
sediakan sebaiknya jiwamu
sebagai pemimpin terbaik
sebuah kehidupan yang sakinah
Wednesday, May 13, 2015
Mencabar Ombak
aku dilambung ombak menggila
di tengah samudera raya
terumbang ambing
diheret ke tengah ke tepi
terkapai kapai sendiri
sesekali tertelan masinnya air
berpaut pada sekeping harapan nan teguh
bersama sebuah keizinan yang nyata
dari Sang Pencipta
badai yang menggila
ku tempuh gagah
moga
akan sampai aku
ke sebuah tanjung harapan
merebut sebuah impian....
Monday, May 11, 2015
KERANA DIA SEORANG...... GURU!!!!!
Dia seorang guru lama
bermula ketika ada kapur putih dan papan hijau
mengharung suka duka
bersama anak anak didiknya
di saat dia hanya diminta mengajar membaca, menulis ,mengira
di saat aku juga sebagai muridnya
dan ketika usianya masih muda belia...
alangkah bahagianya dia ketika semula
hanya menghadap muridnya setiap ketika
membentuk sahsiah dan perilaku mereka
tanpa tekanan di mana mana
dengan permintaan ibu bapa
cikgu
didik anakku seperti anakmu
kau ajarlah mereka
asalkan tiada cedera
begitu dia dipercaya
dan setiap muridnya
tidak berani mengadu domba
kerana gurulah paling di percaya
kini
usiaku menginjak dewasa
mewarisi kerja cikguku
sebagai seorang guru
aku dan dia
jadi rakan sekerja
dalam suasana berbeza
jika dulu kapur putih temannya
kini
dia tegar mengetik kekunci komputer
sesekali dia berkata padaku
aku hanya nampak mata jernih mereka
biarpun aku dikira bersalah walau sekadar menjeling manja
tidak sanggup bersara walau sudah bisa
mereka masih perlu ku didik
dengan kasih dan mesra
biar aku sebenarnya sudah tidak terdaya
sesekali katanya padaku
" cikgu sudah tidak mampu mengetik kekunci komputer"
mengisi segala jenis fail fail bertimbun
sedangkan muridku terabai selalu
akhlak mereka semakin keliru
namun
kerana dia seorang guru
setiap 16 MEI
dia melaungkan......
AMANAH YANG DIBERI
KAMI TAK PERSIAKAN
APA YANG KAMI JANJI
TUNAI TETAP KAMI TUNAIKAN
dia gagah kembali
mengisi sisa usia bersara
bergelumang dengan karenah muridnya
kerana dia seorang
GURU!!!
Thursday, April 9, 2015
Kita hanyalah merencana............
Sesungguhnya
siapalah kita untuk tahu
apa yang bakal terjadi
hanya di seminit ke depan
apatah lagi
berjam jam kemudian
Kita hanya sedar
Setelah berlaku kejadian
Oooohhhhh......
Ini sebenarnya ketentuan Tuhan
Tapi kita hanya perlu menunggu dan menanti sahajakah?
TIDAK!!!!!!!
Kita perlu merencana
Sebaik mungkin
Dengan jalan jalan dan lorong lorong yang dibenarkan
Jika rencana kita sejajar ketentuan
ALHAMDULILLAH!!!!
Jika tidak????
ALHAMDULILLAH!!!!!!
Kerana hanya DIA yang tahu segala rahasia
Bahawa ada hikmah dibalik segalanya......
Thursday, December 18, 2014
POSTING SANTAI CUTI SEKOLAH
Ikan puyu digoreng bawang
enak dimakan bersama nasi
ku kira panas hingga ke petang
kiranya hujan di tengahari.
rimbun sungguh pohon meranti
tegak rimbun tepi perigi
sayu rasa di dalam hati
andai kau pergi membawa diri
laju sembunyi si burung puyuh
menghilang diri di celah rimbunan
walaupun kau mungkin sudah menjauh
budi jasamu kan kami kenang.
anak seluang jauh melaut
terbang tinggi siburung helang
jasa dikenang, budi disebut
segalanya kan segar dalam ingatan
Saturday, October 25, 2014
Nowseeheart - Damai Yang Hilang (Lirik)
NowSeeHeart
Damai
Yang Hilang
Tercalar
pelangi dihiris gerimis
Senja
pun merangkak menutup mentari
Terbias
warnanya ke wajah
Lagu
kedamaian tiada kedengaran
Bumi
yang merekah disirami darah
Kemelut
melanda tiada kesudahan
Kemusnahan
bermaharajalela
Yang
lemah menjadi mangsa
Anak-anak
kecil mengongcangkan ibunya
Yang
lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan
suara batinnya
Tak
siapa mendengarnya
Tergaadaikan
maruah oleh janji-janji
Terbayarkah
dengan nyawa dan darah
Soalan
yang tiada jawapan
Kemanusiaan
telah lama hilang
Kini
yang tinggal hanya ketakutan
Musnah
kasih sayang dan persaudaraan
Tandus
akhlak dan keimanan
Menyemai
persengketaan
Subscribe to:
Posts (Atom)