Saturday, May 10, 2014

Ibu (P. Ramlee)




Pohon berembang ramah buahnya
Senduduk juga lebat berbunga
Puas berkorban duhai ibunda
Balasan apa dari anaknya?

Sawah padi lebat menguning
Burung bangau mencari ikan
Jenuh sudah sakit dan pening
Jiwa dan raga bonda korbankan.

Buah mempelam masaknya ranum
Manis isinya buah kuinin
Segar kasihnya subur mengharum
Sepanjang masa seluruh musim.

Asam pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Terima kasih duhai ibuku
Nyawa dan badan aku taruhkan


Friday, May 9, 2014

bila minda dan jejari berbicara...........................

Hmmmmmm..................petang yang terik...tapi nyaman. Syukur , panas hari ini mengeringkan seluruh cucian.....lega. Perut pulaklah yang minta diisi......terasa rasa enaknya kalau dapat coklat waktu waktu begini......sooooo. jom kita cari.....

bubble rice

compound choc

paper cup

nestum



doubleboilkan in simple way 
dah cair


put bubble rice inside but dont forget about nestum, letak juga 

sudukan ke dalam paper cup
and freeeezzzzzzeeeeekan....

at last......yummmmyyyyy




Sunday, April 13, 2014

AIR MATA IBU (siti nur haliza)


Untuk anda semua yang bergelar ibu.........pasti dapat anda hayati lagu ini sepenuhnya....dan selagi itu kita juga tetap bergelar anak, apa yang kita duka bila cahayamata kita lakukan pada kita, itulah perasaan yang ibu kita rasa dan tanggung......jadilah anak yang taat kepada ibu bapa, kerana dengan itu insyaallah kita akan diberi balasan yang sama oleh anak anak.




Sanisah Huri - ...Bimbang......



Malam tadi terdengar laguni yang menusuk kalbu dan mendayu. Dan ketika itu hujan turun.......


Tuesday, April 8, 2014

Khas buat NURUL SYUHADA HARUN

Makmal Komputer dan Bilik Akses. Tempat paling sinonim untuk teman baik kami Nurul Syuhada Harun. Juruteknik pertama di SKBRD.Dia datang ketika masih gadis.Sangat baik dan mudah menolong. Amat mudah bekerja dengannya. Sebarang masalah berkaitan komputer, dialah rujukan kami. Tak putus putus membantu, walau adakalanya kelihatan begitu letih dengan karenah kawan kawan dan murid murid di sini.

Beberapa tahun bekerja dia berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata yang masih kecil. Berjauhan dengan suami demi tugas. Walau jauh dari suaminya komitmen terhadap tanggungjawab tidak pernah pudar.

Namun musim berganti, hari berlalu. Tiba musim baru untuk Nurul bertugas berhampiran dan hidup bersama anak dan suaminya sebagai sebuah keluarga sempurna.Walaupun berat kaki melangkah, walau berat kami melepaskan, kami relakan dia untuk memulakan tugas di tempat baru.

Pertemuan terakhir sebelum dia berangkat ke Malaysia Timur, ternyata begitu membuai ingatan.terasa akan hilang seorang teman baik.

Untuk Nurul yang kami sayangi, bahawa setiap jasa Nurul akan kami kenang, pertolongan, kesabaran, kebaikan , kemesraan, serta apa saja yang kita pernah lalui beberapa tahun yang lalu bersama akan sentiasa dalam ingatan.

Teruskan usaha baik Nurul.Tiada hadiah besar.dari kami. Cuma ingatan ikhlas pada nilai persahabatan 
yang telah kita jalinkan akan sentiasa tersemat kukuh. 

Selamat bertugas.

Monday, April 7, 2014

BILA HUJAN BERBICARA

hujan semalam
menghilang resah kemarau
menyiram panas semusim
meluah haba membahang
yang telah lama bersarang............

hujan semalam
gersang semusim
basah juga biar sedikit
dedaun kering hilang juga
walau berbaki

hujan semalam
dingin sedikit lena kita
dibuai anganan indah deruan hujan
mungkin esok
hujan seperti semalam akan berulang.....

hujan semalam
pagi ini ada hijau pada rumput yang lama kering
ada pucuk pada dahan yang lama layu
namun masih ada juga
batu besar yang menghalang
yang tak terbawakan 
oleh 
hujan semalam

Wednesday, March 12, 2014

MH370.....PULANGLAH!!!!!!!!

Hilang!!!!!!!!!!
Sunyi, sepi , kaku dan bisu....
Tiada sebarang khabar dan tanda....
Yang tinggal hanya resah , duka , pun kecewa....
Ke mana kalian??????

Terasa di benak ini....bahawa kalian sedang menanti kami....
Menemui dan memimpin kembali....
Untuk bersama lagi......
 
Ketahuilah....
Bahawa di seluruh rantau alam ini...
Kami jejaki, terokai...
Mencari petanda kalian di mana???????

Berilah tanda...
Hulurkan bicara....
Khabarkan pada kami yang tertanya.....
Pada kami kami yang merindu kslian.....

Ya ALLAH!!!!!
Bukalah hijabmu.....
Kembalikan pada kami...
MH370