Lagu lama yang menusuk kalbu.......
Tuesday, January 15, 2013
Sunday, December 23, 2012
Ketaksuban Cinta
telah dia benamkam
permata-permata miliknya ke dasar taasub cinta yang paling dalam
hingga kian pudar sinar yang sebelumnya begitu cemerlang
aku yang hanya mampu menyaksikan
terpegun dan terkedu
terkesima menahan sendu
kerana permata-permata itu sebahagiannya juga milikku
aku hanya mampu menjadi pendengar setia
permata hatiku meluah derita...
aku?
hanya sanggup menyatakan yang aku masih mengasihinya
dan masih sanggup mencurah rasa cinta
aku masih sanggup...
melihat permataku terbenam perlahan lahan
tanpa ku hulur tangan
bagi menariknya keluar
dari lumpur ketaksuban
dayuskah aku?
kerana tidak mampu walau hanya sepatah isyarat bisu?
menjadi pemerhati yang hanya menggumam
terkumat kamit tanpa perkataan!!!!\
hinakah aku?
hanya menahan rasa duka dan kecewa
tanpa airmata.......
walaupun nada kesalku menggunung tingginya...
aku masih tidak mampu
menahan kehendak pewaris mutlak.
aku hanya mampu
menggulung rasa kecewa dalam payah
seolah aku turut sama pasrah
membiar yang berhak membenam permata ku jua
dalam ketaksuban yang tidak berpenghujung........
kuala lumpur/ disember 2012
tengku azemah tengku awang
Menyusuri malam .....baru lepas ber fb,,,jumpa kawan lama......hmmmm,,,,lama sungguh tak jmpa, hampir 20 tahun....mengenang waktu bersama menyusuri dunia pendidikan...baru mula mengenal anak anak yang dahagaakan ilmu...nun jauh di Kg Raja ,Besut, Terengganu....beliaulah antara barisan teman yang begitu baik dan begitu membantu....kami sering bersama....mungkin saya adalah perantau di situ, maka hubungan anatara teman amat dihargai...
Terlalu banyak kenangan manis...tak dapat diungkapkan dengan kata-kata,,,,,
dan untuk temanku yang ku sayang .....bahawa setiap apa yang pernah kita lalui bersama....terimakasih dariku untukmu....kau tetap dalam ingatan

Thursday, November 8, 2012
Bila air tak ada.....
Hari Jumaat yang cemerlang....permulaan minggu cuti sekolah akhir tahun, anak anak dah berkumpul di rumah.Dah 3 .hari air tak ada di daerah ini.....aduh!!!!!!!terasa begitu susahnya bila air tak ada...... bukannya tak buat persediaan, menyimpan air untuk kegunaan waktu terdesak.......tapi dek ahli keluarga yang ramai, simpanan yang ada habis juga.... huhhhhh letihnya bila air tak ada......bukan letih banyak kerja, tapi letih sebab banyak kerja tergendala......
Sebenarnya ianya satu pengajaran yang bagus untuk kita teliti secara berhemah,,,,,,tak ada air bagai tak ada simpanan untuk masa depan.....bayangkan jika sekarang kita berhabisan dengan pendapatan yang ada,apa akan kita hadapi tika kita sudah tak berdaya untuk bekerja, mencari pedapatan sampingan pun. Apa yang akan kita beri untuk meneruskan kehidupan anak anak terutamanya?
Jadi seperti keadaan kami yang terputus bekalan air selama 3 hari, jika kita masih punya peluang yang Allah kurniakan, gunakanlah sebaiknya demi menghadapi masa depan yang belum tentu warnaya.........

Sunday, November 4, 2012
M.Nasir - Malam
Malam
Bila rinduku bertambah dalam
Kau datang lagi dengan kenangan
Oh! betapa dinginnya malam ini
Kasih
Bila malamku bertambah kelam
Seribu kisah melintas mata
Dan malam ini sungguh mencengkam
Bila malam
Tiap kali ku pandang semalam
Resahku sering menjadi dendam
Hatimu ku rasakan dingin
Dan malam
Adalah masa yang membawa kesan
Pada diriku yang kesepian
Kini ku tenggelam
Di bawah alunan ombak malam
Oh! malam
Bila malam
Tiap kali ku pandang semalam
Resahku sering menjadi dendam
Hatimu ku rasakan dingin
Dan malam
Jika dikau dapat bicara
Katakanlah pada hamba
Mengapa dia pergi membawa hati ini
Oh! mengapa
Oh! Malam
Monday, October 1, 2012
Bijaklah menilai.
Assalamualaikum.....hmmmm....lamanya tak menulis di sini.....jenguk selalu....tapi idea yang ada kadang kadang hilang dibawa angin lalu dek kesibukan kerja seharian....hari ni rasanya nak share tentang bagaimana menilai , memberi penilaian dan dinilai. haaa apa pulak ni......?
Menilai sesorang dari sisi kita sendiri adalah berbeza dengan apa sebenarnya yang berlaku pada individu yang kita nilai
Mungkin pada pandangan kita seseorang tidak patut untuk melakukan sesuatu perbuatan yang pada nilaian kita itu tidak benar, namum mungkin bagi si pelaku apa yang dilakukannya adalah sesuatu yang perlu dan betul..
Tapi pada seorang yang lain yang mendengar pandangan dan penilaian kita tadi , mungkin mempunyai tanggapan berbeza dari sudut pandangan yang berbeza.
Hmmmm...letihkan?!!! Jadi....sebelum melakukan seusatu, kita perlu memikir, mengkaji dan menilai kesan dari apa yang bakal kita lakukan. Kerana....penilaian yang akan kita terima dari orang lain adakalanya memedihkan dan mungkin tak masuk diakal....
Jadi renung renungkan.......

Wednesday, August 22, 2012
Senandung Hari Raya - Dayang Ku Intan
Lagu raya untuk semua yang mengunjungi blog ini. Selamat aidilfitri.
Subscribe to:
Posts (Atom)