Friday, August 10, 2012
Nasyid - Doa Perpisahan (Brothers)/Post khas Buat teman seperjuangan ku
Ramadhan kian meninggalkan kita. Rasanya masih banyak yang belum ku lengkapkan dalam Ramadhan kali ini. Ia sudah mula berlalu pergi........Di permulaan Ramadhan kali ini aku kehilangan seorang teman yang amat ku sayangi.....Dia bakal menyambung pengajian di peringkat Master dan kembali belajar di negeri kelahirannya.Entah sejak bila aku tidak menyedari kami menjadi teman yang begitu serasi,,,,kami bebas bercerita tentang isi hati dan masalah serta berkongsi rahsia dan minat.....ada saja pada setiap hari yang akan penuh dengan cerita cerita ceria bahkan berbincang tentang minat kami bersama.....Tidak juga aku tahu bila aku rasa yang aku bebas bercerita dengannya walaupun sesuatu yang begitu peribadi lagi rahsia...
Belum puas rasnya untuk berada bersamanya bagi mencurah rasa dan bercerita..... ,dia akan pergi....Bahkan di saat dia bercuti melahirkan pun aku merasa begitu kehilangan.....seolah hilang sebelah tangan..tidak ada lagi kawan yang akan menemani bersarapan atau makan tengah hari.....takkan lagi ku dengar suara dia mengadu masalah anak muridnya yang nakal dan enggan mendengar kata......takkan lagi ku dengar kata semangatnya seperti selalu......
Apapun aku sedar...setiap pertemuan akan ada pengakhiran ....moga perpisahan ini akan mendatang seribu rahmat buat kami.Moga ALLAH sentiasa bersama kami .Moga dia mencapai cita citanya dan kembali berbakti demi pendidikan anak bangsa....
Untuk MIn ....Kak Ana ucapkan selamat maju jaya. Moga Allah akan menemukan kita pada satu hari dan ketika,,,Moga kasih sayang antara kita mendapat kerahmatan darinya....Semoga Min berjaya mengejar cita-cita dan sentiasa berbahgia dalam hidup.....Kenang Kak Ana dalam doa Min selalu
Monday, July 30, 2012
RAMADHAN 11
Assalamualikum....hmmm lamanya tak mengentrikan blog ini. Agak sibuk sebenarnya....Tugasan wajib pastinya perlukan perhatian lebih. Pasti sesiapapun begitu kan?Dah sebelas hari beramadhan....merasai nikmatnya bersam keluarga....anda juga begitu pastinya.....malam tadi anak bujangku tiba tiba ajak keluar shopping...jommmm...kataku....Kami pergi berempat beranak.Si ayah? Nak ke surau.....Sejak umurnya menginjak 20 tahun baru2 ni... ini kali pertama dia mengajakku kel;uar bersama..Nak beli hiasan untuk hari raya katanya....Wah!!!! aku terfikir fikir...kalaulah anak ini anak gadis entahlah? Anak lelakipun pelbagai mintanya dari ku untuk hiasan rumah di hari raya ...Hmmmm ...tak terlayan aku...... Akhirnya setelah menunaikan keinginannya kami pulang...
Sampai di rumah jam sebelas...Masih lagi dia ingin menyuai padan barangan yang telah kami beli....Puas aku melarangnya...Kata temanku sepatah....begitulah anak remaja....mulai ada keinginan untuk bercantik cantik, cuma bagaimana kita melayan keinginan serta kehendak jiwa remaja mereka....
Agaknya hari raya yang bakal menjelang akan menjadi hari raya yang akan sangat dikenangnya.!
Saturday, July 7, 2012
Sunday, July 1, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)