Sunday, April 19, 2026

Rindu...

 Andai rindu ini

Dapat ku lakar

Saturday, March 14, 2026



















15 Mac 2026

Hari ini
Hanya akhir dari satu kisah panjang

Tentang sebuah cerita
37 tahun 15 hari
Yang pernah patah, rapuh, retak, remuk, sumbing, tercalar namun penuh kebahagiaan

Hari ini bukan sebuah pengakhiran
Dari kisah panjang penuh gelombang
Hanya satu langkah mula
Bagi meraih semua nikmat yg mungkin pernah melintas namun terlepas.

Langit masih lagi biru
Awan gemawan masih memutih gebu
Langkah akan bermula
Menjejak ke dunia nyata.

Wednesday, February 25, 2026

Hanya Tuhan yang tahu

Benam saja semua rasa

Bakar saja biar jadi debu

Hapus hilang dari pandangan

Biar nampak indah

Tiada yang tahu gelora yang melanda

Dia yang berkayuh 

Menepis segala gelombang

Bimbang mungkin karam sendirian

Begitupun doa saja dalam diam

Moga Allah mudahkan setiap urusan.

Monday, February 9, 2026

Sikap Mementingkan Diri dan Pemutarbelitan Sejarah: Implikasi Terhadap Integriti Ilmu dan Pembentukan Masyarakat




Pengenalan

Sejarah berfungsi sebagai rekod kolektif yang membentuk identiti, kefahaman sosial, dan arah tuju sesebuah masyarakat. Namun, dalam konteks sosial dan politik, wujud kecenderungan sesetengah individu atau kelompok untuk mementingkan diri dengan memanipulasi, memutar belit, atau memadam fakta sejarah demi kepentingan peribadi, reputasi, atau kuasa. Amalan ini bukan sahaja menjejaskan kebenaran empirikal, malah melemahkan integriti ilmu serta merosakkan asas kepercayaan sosial (Appleby et al., 1994).

Konsep Sikap Mementingkan Diri dan Pemutarbelitan Sejarah

Sikap mementingkan diri merujuk kepada kecenderungan mengutamakan kepentingan peribadi tanpa mempertimbangkan implikasi terhadap orang lain atau kebenaran objektif. Dalam konteks sejarah, pemutarbelitan berlaku apabila naratif dipilih secara selektif, fakta disenyapkan, atau peristiwa ditafsirkan secara berat sebelah bagi membina imej tertentu. Pemilihan fakta dan penafsiran sejarah tidak pernah neutral sepenuhnya kerana ia dipengaruhi oleh kerangka pemikiran penulis sejarah serta konteks kuasa yang melingkari penghasilan naratif (Carr, 1961; Foucault, 1980). Oleh itu, penulisan sejarah yang berat sebelah berpotensi membentuk pemahaman awam yang menyimpang daripada realiti empirikal.

Faktor-faktor Pendorong

Antara faktor utama yang mendorong pemutarbelitan sejarah ialah kepentingan kuasa dan legitimasi, pengurusan imej dan reputasi, bias kognitif, serta kelemahan literasi maklumat. Hubungan antara kuasa dan pengetahuan menunjukkan bahawa naratif sejarah sering digunakan untuk mengabsahkan autoriti tertentu (Foucault, 1980). Selain itu, bias kognitif—khususnya kecenderungan mempertahankan diri—mendorong individu menilai bukti secara selektif demi melindungi imej atau kepentingan peribadi (Kahneman, 2011). Dalam masyarakat yang tahap literasi maklumatnya rendah, naratif yang dimanipulasi lebih mudah diterima tanpa penilaian kritis (Wineburg, 2001).

Implikasi Terhadap Masyarakat dan Ilmu

Pemutarbelitan sejarah membawa implikasi serius terhadap integriti akademik dan kohesi sosial. Pertama, ia menghakis kepercayaan terhadap institusi ilmu apabila kebenaran digantikan dengan naratif berkepentingan (Appleby et al., 1994). Kedua, ia menghalang pembelajaran daripada kesilapan silam, sekali gus meningkatkan risiko pengulangan konflik, ketidakadilan, atau kegagalan dasar. Ketiga, pemadaman sejarah sebenar melemahkan pembentukan identiti kolektif yang berasaskan kejujuran dan kebertanggungjawaban. Secara konseptual, gambaran masyarakat yang memanipulasi kebenaran dan memadam rekod masa lalu turut dikritik dalam wacana sastera sebagai amaran normatif terhadap bahaya autoritarianisme (Orwell, 1949).

Pendekatan Mengatasi

Bagi membendung fenomena ini, beberapa langkah strategik wajar diambil. Pertama, pengukuhan etika penyelidikan dan standard akademik perlu menuntut ketelusan sumber serta triangulasi data (Appleby et al., 1994). Kedua, pendidikan literasi maklumat dan pemikiran kritis sejarah perlu diperkukuh agar masyarakat mampu menilai kesahihan naratif secara berasaskan bukti (Wineburg, 2001). Ketiga, pendekatan pelbagai perspektif dalam penulisan sejarah dapat mengurangkan bias tunggal dan memperkayakan pemahaman kolektif (Carr, 1961). Keempat, akses terbuka kepada arkib dan data primer menyokong semakan bebas serta akauntabiliti awam terhadap dakwaan sejarah.

Kesimpulan

Sikap mementingkan diri yang mendorong pemutarbelitan atau pemadaman sejarah sebenar merupakan ancaman terhadap kebenaran, integriti ilmu, dan keharmonian sosial. Komitmen terhadap kejujuran intelektual, ketelusan metodologi, serta keterbukaan kepada pelbagai perspektif adalah prasyarat penting dalam pembinaan naratif sejarah yang bertanggungjawab. Dengan memperkukuh literasi maklumat dan etika akademik, sejarah dapat berfungsi sebagai wahana pembelajaran yang membantu masyarakat membina masa depan secara adil dan beretika.


Rujukan (APA 7th)

Appleby, J., Hunt, L., & Jacob, M. (1994). Telling the Truth About History. New York, NY: W. W. Norton & Company.
Carr, E. H. (1961). What Is History? London: Penguin Books.
Foucault, M. (1980). Power/Knowledge: Selected Interviews and Other Writings, 1972–1977. New York, NY: Pantheon Books.
Kahneman, D. (2011). Thinking, Fast and Slow. New York, NY: Farrar, Straus and Giroux.
Orwell, G. (1949). Nineteen Eighty-Four. London: Secker & Warburg.
Wineburg, S. (2001). Historical Thinking and Other Unnatural Acts: Charting the Future of Teaching the Past. Philadelphia, PA: Temple University Press.


Tuesday, January 20, 2026

Kerana kasih itu mulia.


Kadangkala, dalam diam kita belajar menyingkirkan orang dengan cara yang kita sangkakan halus. Kita tidak menghalau, tidak meninggikan suara, tidak memutuskan hubungan secara terang-terangan. Namun sikap dingin, layanan berbeza dan jarak yang disengajakan akhirnya tetap kelihatan jelas. Apa yang kita cuba sembunyikan, sebenarnya terbaca melalui perbuatan.


Ada masanya kita memilih untuk mengasingkan orang yang tidak kita sukai. Bukan kerana mereka melakukan kesalahan besar, tetapi mungkin kerana perbezaan pandangan, sikap, atau sekadar rasa tidak serasi. Kita terlupa bahawa setiap insan mempunyai kekurangan, dan kita sendiri juga tidak pernah sempurna. Dalam usaha menjaga emosi sendiri, tanpa sedar kita melukakan hati orang lain.


Kita sering menuntut penghormatan. Kita mahu dihargai, difahami dan diraikan. Namun pada masa yang sama, kita sendiri tidak benar-benar tahu bagaimana untuk menghormati. Hormat bukan sekadar kata-kata manis atau layanan baik apabila kita senang, tetapi tentang keikhlasan menerima orang lain walaupun mereka berbeza daripada kita.


Tanpa kita sedar, jurang yang terbina itu mungkin satu hari akan kembali kepada kita. Apa yang kita lakukan hari ini, boleh sahaja dirasai semula oleh diri kita sendiri pada masa hadapan. Cuba fikirkan perasaan kita jika kita pula disisihkan, dipinggirkan, atau dilayan dengan sikap dingin. Pastinya ia menyakitkan, walaupun dilakukan secara senyap dan “beradab”.


Inilah masanya untuk kita berhenti sejenak dan bermuhasabah. Belajarlah membina hubungan yang baik dan harmoni. Hubungan yang berasaskan saling menghormati, saling memahami dan saling bertolak ansur. Hormat tidak boleh dipaksa, tetapi lahir daripada keikhlasan sikap dan keindahan akhlak.


Binalah kehormatan, bukan dengan menjatuhkan orang lain, tetapi dengan meninggikan nilai diri sendiri. Kerana akhirnya, cara kita melayan manusia lain adalah cerminan siapa kita di sisi manusia — dan di sisi Tuhan.

Kadangkala kita tidak berniat untuk menyakiti sesiapa. Kita hanya cuba menjaga ruang sendiri, namun tanpa sedar, sikap kita mencipta jarak di hati orang lain. Kita mahu dihormati, tetapi lupa bahawa hormat itu lahir daripada cara kita melayan, bukan daripada apa yang kita tuntut.

Jurang yang terbina perlahan-lahan itu mungkin suatu hari akan kembali kepada kita. Andai kita berada di tempat mereka, tentu kita juga berharap untuk difahami, diterima dan dilayan dengan baik. Maka belajarlah membina hubungan yang harmoni, dengan hati yang lebih lapang dan sikap yang lebih empati. Kerana kehormatan sebenar tidak lahir daripada menjauhkan, tetapi daripada kelembutan dan keikhlasan dalam berbuat baik.

Monday, December 29, 2025

Cukuplah DIA bagiku.

Ada ketika 

Hatiku terlalu menjauh.

Dibawa pergi bersama rasa

Berbaur segala nya

Jika ada sayap

Ingin saja berlalu pergi bersama angin

Ingin juga bak debu hilang ditelan waktu

Tanpa siapa sedar di mana melekat.


Ingin juga ada ketikanya

Hilang pergi melepas segala pautan.


Namun iman selalu berbisik,

Berpautlah pada tali yang satu

Yang sentiasa menerina rintihan

Sentiasa mendengar keluhan

Sentiasa ada mendengar cerita.tentang keluh kesah hambaNya

Cukuplah Dia bagiku..

Saturday, August 30, 2025

Rindu!

Rindu ni bukan sebab dah tiada, kerana kau sentiasa ada dalam setiap detik hidup kami. Rindu bukan sebab jauh. Kejauhan tidak pernah menjadi jarak pemisah. Rindu pada bicara bicara tentang cinta dan kehidupan. Rindu pada tatapan yang penuh kasih sayang. Rindu pada amanat  amanat tentang hidup yang bakal berpenghujung.

Rindu dengan doa doa yang selalu kau pohonkan, buat kami cahaya mata. Rindu pada pesanan pesanan hidup berkeluarga.

Rindu pada kasih sayang, perhatian, kebaikan, penghormatan.

Rindu pada cerita cerita ceria. Rindu pada kisah kisah nostalgia.

Rindu pada segala galanya.

Rindu pada yang pergi, namun kasih tetap subur di hati.




Monday, April 28, 2025

Aidilfitri 1446H/ 31Mac2025

26/3/2025
Bersamaan 25 Syawal 1446 Hijri

Tiada lagi panggilan yang akan disahut.
Ayah pergi dengan tenang,
Bersama airmata mengalir dibirai dua matanya,
Tiada lagi boleh jadi makmum 
pada solat fardhu,
Tiada lagi mendengar khutbah Aidilfitrinya, bersama esak tangisnya
Tiada lagi cerita cerita ceria dari pertemuannya dengan sahabat sahabatnya, 
Tiada lagi cerita makanan enak di rumah kenduri,
Tiada lagi jajanan pasar malam untuk dimakan bersama,
Tiada lagi nasihat nasihat tentang hidup,
Tiada lagi saranan saranan doa untuk diamalkan,
Terlalu banyak untuk diungkapkan,
Segalanya tetap dingatan,




Thursday, April 24, 2025

Sebuah kehilangan.

Semakin menjauh

Sekian harinya, 

Pergi yang tidak kembali,

Momen yang telah menoktahkan.

Detik detik yang membawa kehilangan,


Sudah tidak ku hitung lagi

Pernah  ketika,  pedih didada

Tiada rasa kesal cuma redha,

Pasrah pada kehendakNYA

Hanya kami datangi persemadianmu dengan doa,

Dengan penuh harapan padaNYA,

Pengakhiran yang husnul khotimah. 

Berbahgialah ayah.


Saturday, August 6, 2022

RINDU

Tiba tiba....

Rindu tumpah melimpah

Bila zuriat menggayakan lagakmu

Satu persatu

Lirikan mata, 

Senyuman mesra

Lenggok gerak gaya,.


Semakin hari semakin nyata

Dan rindu pun semakin jenuh

Menderu bak hujan musim tengkujuh

Cinta makin tebal

Doa makin ampuh.

Friday, April 23, 2021

aku sering berdendang

 kau tidak pernah tau

tidak pernah menyelami sukmaku

yang aku begitu halus dan mulus

bernyanyi dan berlagu

menyatakan tentang hasrat dn mauku

tentang indahnya dunia kita

yang dirimu juga ada bersana

bila sekali aku berdendang

kau rasakan aneh dan  beda

aku yang biasa dan yang pertama 

kau selami ke dasar jiwa

aaahhh beginilah aku

berdendang untuk diriku 

melorek cinta dan rasa

dari dalam atma




Wednesday, October 30, 2019

Resah

Resah yang bertakung,
Umpama air di musim tengkujuh,
Menerpa ke segenap ruang kosong,
Menghambat segala keyakinan,
Mengusir segala kekuatan,
Mujur, tiba sekilas  ketabahan,
Aku berpaut kukuh,
Menambat kekuatan pada teguhnya iman,
Bahawa segala atas kehendakNya,
Lalu pasakkan kaki, biar banjir membadai diri.

Friday, August 16, 2019

Jom selesakan diri!

Assalam, lamanya tak update blog ni. Bukan dek keringnya idea tapi akibat kurang perhatian dan ruang untuk meladeni ruang ni. Habiskan masa pada ruangan lain yang begitu memanggil manggil.

Apa khabar agaknya pembaca semua? Didoakan sentiasa dalam rahmat Allah selalu.

Dah kebetulan ada ruang sikit malam ni,  Kak Ana nak review sikit tentang satu produk yang Kak Ana sedang guna sekarang ni.  Mana tau, kalian juga berminat dan mungkin sedang memerlukan produk ni kan?

Kak Ana ni sebenarnya ada masalah sikit tentang berat badan. Badan takla besar sangat pun, tapi bahagian  perut tu.... hmmmm.... Bila pakai baju kurung pun nampak macam pregnant saja 😂. Hihihi.. ada dah kawan yang tanya, berapa bulan?

Dok mencari cari solution untuk perut ni jumpa laa produk ni. Kak Ana ni kalau diet ni, memang out. Tak menjadi. Tak tahan daulat. Nampak makanan ja selera Alhamdulilah sentiasa ada. Jadi kalau kena jaga makan, pakai tak jadilah diet tu.

Jenis ubat kurus pulak tak berani nak cuba. Dah jumpa produk ni, terus jatuh hati. Apa taknya! Kak Ana hanya sapu sapu saja pada bahagian yang Kak Ana nak kecikkan. Insyaallah kesannya memuaskan.

Produk ni dalan bentuk losyen. Ada 100 ml dalam botol warna pink yang cantik. Bila buka ja tudung botol tu, terus keluar bau wangi epal. Nak guna juga sangat jimat. Hanya ambil sebesar syiling 50 sen tu, sapu ke bahagian yang kita nak kempiskan atau kecikkan dengan konsisten setiap kali lepas mandi, sebelum tidur pun Kak Ana sapu jugak.

Losyen ni ada bahan aktif yang membantu membakar lemak tepu yang dah bertahun kita bawa ke mana mana tu. Bila kita sapu contoh pada waktu pagi, dan kita pun mula aktif bekerja, bergerak, losyen ni pun akan turut aktif. Kita akan terasa panas panas sejuk yang sangat best. Peluh berceghau kata orang Kedah.

Bahan aktif ni membakar lemak. Selain dari tu, ia juga sangat membantu kalau badan kita lenguh letih bekerja, just sapu kat  tempat yang lenguh tu... sekejap saja dah baik. Begitu juga pada anak gadis yang diserang senggugut, insyaallah berkesan.

Satu lagi kebaikan losyen ni, ia ada shea butter, jadi boleh melembutkan kulit, dan menghilangkan  strechmark terutama pada ibu ibu yang telah melahirkan.

 Bagi Kak Ana, Alhamdulilah perut dah makin kempis sikit dari sebelum ni. Penggunaan konsisten sangat penting untuk kesan terbaik.

Harga mampu milik. Hanya RM59 dan post free, hihihi yang ni yang semua orang suka, kan?

Kalau ada antara kalian ada masalah tentang perut yang tak kempis kempis, ubat segala bgi tak berkesan, jom cuba losyen ni pulak. Insyaallah terbaik.

http://www.wasap.my/60143067823/naklosyen







Friday, May 3, 2019

KHASIAT TEH DAN KESANNYA UNTUK TUBUH ANDA



Nampak apa dalam pinggan tu? Haaa tu laa uncang teh komersial yang Kak Ana selalu guna.

Selepas dah habis minum teh, uncang bekas ni ada lagi gunanya.

Selalu Kak Ana guna untuk cuci periuk atau kuali yang sangat berminyak. Gosok uncang bekas ni pada kuali yang berminyak  Insyaallah mudah nak cuci.. sebab serbuk teh tu dah serap lebihan minyak dari kuali tu.

Bersihkan dengan sabun seperti biasa selepas itu.
Nah... kuali bersih semula.

Macam mana pula #teatox boleh membantu  hidup kita pula😍 yang ni mesti ramai nak tahu.... kan?

#sisfelteatox ni sejenis teh detox yang membantu tubuh membuang segala toksin yang terkumpul.

Membantu membuang kotoran, menjadikan tubuh lebih selesa dan segar.

Kesannya akan lebih baik bila digandingkan dengan penggunaan #FelinnaHotLotion di bahagian luaran badan di mana ia membantu mencairkan lemak berlebihan di bahagian perut  pinggang, lengan  serta  dagu berlapis.

Kesan efektif untuk mendapat saiz badan idaman boleh ditambah baik dengan meminum #Mealvy satu lagi produk terbaik #Sisfel.

#Mealvy ekstrak buah buah yang mengenyangkan  dan ianya bagus bagi menambah tenaga  menghadapi Ramadhan yang bakal menjelang.

Jadi buat keputusan untuk lebih sihat dengan #Sisfel.

Dalaman bersih bersama #teatox, luaran terbentuk bersama #FelinnaHotLotion   tenaga sihat cergas bersama #Mealvy.

Nak kurus cantik?
Klik link dibawah😍

http://www.wasap.my/60143067823/nakkombokurus1set

Wednesday, April 17, 2019

Rempah ratus hidup!

Assalam💓🧡❤️💚♥️
Gud morning😍

Cabaran atau ujian yang kita hadapi.... hanya sebahagian dari rempah ratus kehidupan.

Sebesar mana pun ujian tersebut, sepayah manapun kita berhempas pulas melayani kerenah ujian itu, kita perlu sentiasa SABAR DAN YAKIN..... bahawa sentiasa ada hikmah disebalik semua kesulitan.

Sentiasa ada keredhaan dalam jiwa.

InsyaAllah kita semua diberi kemudahan dan keberkatan dalam hidup

Thursday, February 14, 2019

Cuti lagi hari ni....

Hari ni hari cuti❤️❤️❤️

Memang best kalau sambung tidur lepas Subuh, bermalas malas, rilek rilek sebab selalu pagi pagi dah awal awal bangun bila hari bekerja.

Tapi tahukah anda bila anda lewat bangun!!!

🌺anda rugi masa.

🌺sepatutnya kain baju boleh jemur awal.

🌺rumah boleh kemas awal awal.

🌺kerja kerja yang bertangguh banyak hari waktu hari bekerja tu boleh utuskan hari cuti macam ni🤗

🌺boleh masak dengan sempurna hari cuti sebab anda ada banyak masa, dan keluarga boleh makan dengan hidangan yang lebih sempurna dari hari hari biasa. 😂(tambahan pula kalau hari bekerja tu asyik tapau jaa makanan keluarga)

 🌺🌺🌺🌺🌺yang paling best.. anda boleh rehat lebih lama dan selesa bila semua kerja dah siap❤️❤️❤️❤️❤️

Selamat berhujung minggu.

Assalam semua🌺🌺🌺🌺

Assalam... selamat pagi. . morning.  🌺🌺🌺🌺

didoakan semoga semuanya sihat sejahtera, riang gembira, tiada dukacita🤗

Semoga bertambah keberkatan dalam hidup, sempena Jumaat yang penuh dengan keberkatanya.

Amiin Ya Rabbalalamin.

Thursday, November 22, 2018

Kita seadanya....

Mengutip kecamuk rasa,
Disusun di hamparan kenyataan,
Dilekat dengan ketabahan jiwa,
Diolah bagai sebuah lukisan,
Dibingkai dengan detik detik iman,
Digantung pada sebuah harapan,
Tersepuh indah dengan tawakkal,
Dititip rasa cinta dan kasih mesra,
Untuk dipersembahkan, menjadi tatapan.... bahawa kita juga mampu seadanya kita..

Sunday, September 16, 2018

Dari balik jendela

Di sebuah Asar yang basah,
Dari balik jendela kaca,
ku lihat tubuh tua itu,
Gagah menyorong motornya,
Menuju rumah Allah.
Cergas dan pantas
Kemas dan cepat,
Tepat waktu tidak leka...
Biar ada kalanya,
Bersama makmum dirumah.
Biar pada banyak ketika,
Ternampak begitu lelah dan lemah,
Berbaring merehatkan  sendi yang kian gelisah,
Hari ini..
Dari balik jendela,
16 September 2018
Tepat 79 tahun usianya..
Aku menilik diri  yang kian menginjak masa,
Masih sibuk dengan urusan dunia,
Yang tidak pernah sudah,
Tidak mampu bergerak sepantas dan setegap ayah,
Mengadap urusan akhiratnya tanpa keluh payah,
Aku yang serba mudah,
Miskin masa untuk diri,
Menghamba pada Pencipta,
Ilmu dari balik jendela,
Pengajaran hebat  dari gerak laku..
Aku  masih berusaha,
Menggapai kudrat sehebat AYAH!!!
.