BILA HATI BERBICARA.................
Monday, April 28, 2025
Aidilfitri 1446H/ 31Mac2025
Thursday, April 24, 2025
Sebuah kehilangan.
Semakin menjauh
Sekian harinya,
Pergi yang tidak kembali,
Momen yang telah menoktahkan.
Detik detik yang membawa kehilangan,
Sudah tidak ku hitung lagi
Pernah ketika, pedih didada
Tiada rasa kesal cuma redha,
Pasrah pada kehendakNYA
Hanya kami datangi persemadianmu dengan doa,
Dengan penuh harapan padaNYA,
Pengakhiran yang husnul khotimah.
Berbahgialah ayah.
Saturday, August 6, 2022
RINDU
Tiba tiba....
Rindu tumpah melimpah
Bila zuriat menggayakan lagakmu
Satu persatu
Lirikan mata,
Senyuman mesra
Lenggok gerak gaya,.
Semakin hari semakin nyata
Dan rindu pun semakin jenuh
Menderu bak hujan musim tengkujuh
Cinta makin tebal
Doa makin ampuh.
Friday, April 23, 2021
aku sering berdendang
kau tidak pernah tau
tidak pernah menyelami sukmaku
yang aku begitu halus dan mulus
bernyanyi dan berlagu
menyatakan tentang hasrat dn mauku
tentang indahnya dunia kita
yang dirimu juga ada bersana
bila sekali aku berdendang
kau rasakan aneh dan beda
aku yang biasa dan yang pertama
kau selami ke dasar jiwa
aaahhh beginilah aku
berdendang untuk diriku
melorek cinta dan rasa
dari dalam atma
Wednesday, October 30, 2019
Resah
Umpama air di musim tengkujuh,
Menerpa ke segenap ruang kosong,
Menghambat segala keyakinan,
Mengusir segala kekuatan,
Mujur, tiba sekilas ketabahan,
Aku berpaut kukuh,
Menambat kekuatan pada teguhnya iman,
Bahawa segala atas kehendakNya,
Lalu pasakkan kaki, biar banjir membadai diri.
Friday, August 16, 2019
Jom selesakan diri!
Apa khabar agaknya pembaca semua? Didoakan sentiasa dalam rahmat Allah selalu.
Dah kebetulan ada ruang sikit malam ni, Kak Ana nak review sikit tentang satu produk yang Kak Ana sedang guna sekarang ni. Mana tau, kalian juga berminat dan mungkin sedang memerlukan produk ni kan?
Kak Ana ni sebenarnya ada masalah sikit tentang berat badan. Badan takla besar sangat pun, tapi bahagian perut tu.... hmmmm.... Bila pakai baju kurung pun nampak macam pregnant saja 😂. Hihihi.. ada dah kawan yang tanya, berapa bulan?
Dok mencari cari solution untuk perut ni jumpa laa produk ni. Kak Ana ni kalau diet ni, memang out. Tak menjadi. Tak tahan daulat. Nampak makanan ja selera Alhamdulilah sentiasa ada. Jadi kalau kena jaga makan, pakai tak jadilah diet tu.
Jenis ubat kurus pulak tak berani nak cuba. Dah jumpa produk ni, terus jatuh hati. Apa taknya! Kak Ana hanya sapu sapu saja pada bahagian yang Kak Ana nak kecikkan. Insyaallah kesannya memuaskan.
Produk ni dalan bentuk losyen. Ada 100 ml dalam botol warna pink yang cantik. Bila buka ja tudung botol tu, terus keluar bau wangi epal. Nak guna juga sangat jimat. Hanya ambil sebesar syiling 50 sen tu, sapu ke bahagian yang kita nak kempiskan atau kecikkan dengan konsisten setiap kali lepas mandi, sebelum tidur pun Kak Ana sapu jugak.
Losyen ni ada bahan aktif yang membantu membakar lemak tepu yang dah bertahun kita bawa ke mana mana tu. Bila kita sapu contoh pada waktu pagi, dan kita pun mula aktif bekerja, bergerak, losyen ni pun akan turut aktif. Kita akan terasa panas panas sejuk yang sangat best. Peluh berceghau kata orang Kedah.
Bahan aktif ni membakar lemak. Selain dari tu, ia juga sangat membantu kalau badan kita lenguh letih bekerja, just sapu kat tempat yang lenguh tu... sekejap saja dah baik. Begitu juga pada anak gadis yang diserang senggugut, insyaallah berkesan.
Satu lagi kebaikan losyen ni, ia ada shea butter, jadi boleh melembutkan kulit, dan menghilangkan strechmark terutama pada ibu ibu yang telah melahirkan.
Bagi Kak Ana, Alhamdulilah perut dah makin kempis sikit dari sebelum ni. Penggunaan konsisten sangat penting untuk kesan terbaik.
Harga mampu milik. Hanya RM59 dan post free, hihihi yang ni yang semua orang suka, kan?
Kalau ada antara kalian ada masalah tentang perut yang tak kempis kempis, ubat segala bgi tak berkesan, jom cuba losyen ni pulak. Insyaallah terbaik.
http://www.wasap.my/60143067823/naklosyen