Wednesday, June 29, 2016

Sabar itu indah

Sabar
jangan dibilang waktunya
usah dikira detiknya
jauhkan dihitung jaraknya

kerana sabar itu iman
sabar itu indah
 hanya yang beriman ada sabarnya
dan janji Allah itu nyata

sabarlah wahai anak
untuk kesusahan yang sedikit ini
panjatkan doa padaNYA
mohon ampun dariNYA
kerana ALLAH sentiasa bersama
hambanya yang bersabar
dan redha pada ketentuanNYA

Sabar itu indah

Sabar
jangan dibilang waktunya
usah dikira detiknya
jauhkan dihitung jaraknya

kerana sabar itu iman
sabar itu indah
 hanya yang beriman ada sabarnya
dan janji Allah itu nyata

sabarlah wahai anak
untuk kesusahan yang sedikit ini
panjatkan doa padaNYA
mohon ampun dariNYA
kerana ALLAH sentiasa bersama
hambanya yang bersabar
dan redha pada ketentuanNYA

Tuesday, June 28, 2016

Sunday, June 12, 2016

SELERAK RINDU....

rindu menyapa tika masih bersama
rindu berserakan bila berjauhan
rindu bergantungan bagaikan tidak pernah ada pertemuan
rindu
untuk dengar bicara
untuk meluah 
berkongsi rasa
rindu yang berserakan ini kini bertebaran
mencari 
ke mana telah kau lari
membawa diri

tidak adakah rindu lagi untukku
yang pernah berkongsi cerita rahsia
pun kisah kisah lara

moga Ramadhan ini
dengan Syawal indah di hujungnya
membawa cerita gembira 
rindu yang berserakan ini
bercantum kembali kasih saudara yang pernah menjauh
tanpa berita........

Thursday, May 12, 2016

Seruling Cinta

Cikgu,
Nak beli apa,,,,
Hmmm...ni nanti jadi cikgu ni.....

Usikan  usikan ketika zaman kecilku ...
yang menjadi doa mustajab
Terselit antara doa ayahbonda
Agar aku menjadi seorang guru

Dan doa doa itu 
Menjadi iltizam mantap
Jika ditanya cita citaku
Pastilah aku ingin menjadi seorang guru...
Biarpun aku tidak pernah tahu lebih
Siapakah sebenarnya yang dikatakan cikgu

hari ini .....
lebih suku abad aku bergelar guru
bergelumang dalam dunia mencabar ini
biar maruah seorang guru bagai hanya kekabu dibawa angin
Aku masih ingin hidup dalam dunia indah ini
melakar kisah kisah manis
mendidik putera puteri kecilku
bersama sebuah 
keikhlasan
dari hati seorang
CIKGU!!!!

Saturday, April 23, 2016

Kelmarin, hari ini, esok

hari ini datang 
kelmarin hilang
namun ingatan masih ada
yang membentuk kenangan
dan
cerita cerita kita tentang semua yang kita pernah tahu
adalah kerana kita masih seperti hari kelmarin
bersatu dalam ingatan dan kenangan
dan kita tetap seperti hari yang dulu
tidak berubah di manapun
meski kita makin jauh kerana jarak
tapi tetap dekat di kenangan
masih utuh diingatan
andai esok
aku sudah pergi
simpan ingatan dan kenangan
himpunkan doamu
buatku juga
tanda ingatan
buat seorang sahabat lama.