Saturday, March 25, 2017

Jika esok.......

Menerima kehadiran orang baru dalam kehidupan peribadi atau dalam kumpulan , bukanlah satu perkara aneh atau luar biasa.

Terima kehadiran mereka seadanya, dan kita teruskan kebiasaan kebiasaan kita yang baik dan positif.

Kita tidak perlu berubah kerana kehadiran orang baru , jika apa yang kita lakukan tiada salah dan tidak mengganggu ketenteraman orang lain.Namun berusaha untuk sentiasa menyesuaikan diri dengan keadaan keadaan baru yang mungkin tidak anda senangi.

Dan jika kitalah orang baru itu, belajarlah menyesuaikan diri dengan alam baru anda. Kiranya anda ada idea hebat yang bakal membakar jika dilontarkan, usahakan untuk melihat atmosfera di sekeliling.

Belajar membina suasana harmoni, belajar memberi dan menerima, walaupun ada ketikanya kita umpama menelan ubat yang pahit, namun jika kebaikan lah penghujungnya...mengapa tidak?

Ingat pesan orang lama yang lebih dulu makan garam:

Masuk kandang kambing, mengembik, masuk kandang kerbau menguak.

Saturday, March 18, 2017

Sebuah peringatan

Kau yang nampaknya diuji,
Kau yang merasa sakitnya,
Kau yang menghitung luka,
Kau yang membilang duka....

Namun iktibarnya untuk kita semua...
Semakin jauhkah, makin alpakah?
Kerana aku tidak pernah membilang sakitmu itu hanya untukmu,
Tapi peringatan ....
Untuk sekelian...
Bahawa kita adalah hambaNYA.