Thursday, October 27, 2016

Ada ketikanya...

Ada ketika....
Ingatan bagai air mengalir laju
Melayar semua kisah lama
Satu persatu..
Tanpa noktahnya.

Ada ketika pula..
Ingatan bagai angin sepoi..
Lemah layu...
Hilang dibawa tiupan lembut...

Dan bila  sedar...
Semua bagai hilang dan menjauh...
Ayuh...
Gapai kembali...
Semuanya...
Biar  bangkit semula..
Dari mimpi mimpi kelmarin...
Yang menghanyut rasa....



Sunday, October 23, 2016

Rindu tak berpenghujung.....

Rindu ini tiada hujungnya
Tiada noktahnya
Biar begitu jauh
Langkah yang kau bawa pergi.....

Sunday, October 16, 2016

Senja kelmarin

Senja kelmarin
Akulah yang terpesona padanya
Biar berulang kali senja ku temui
Tiap itu juga
Aku ralit lupa
Yang senja hari ini
Sama bak senja kelmarin
Kerana tiap senja
Ceritanya berbeda....

Thursday, October 13, 2016

Hati yang kau lukai....

Kau mungkin pernah dilukai
hatimu mungkin pernah disakiti
Kau juga mungkin  pernah diinjak injak tanpa rasa
oleh mereka yang ingin berlalu
tanpa fikir
Yang kau juga manusia seperti dia
punya hati, rasa dan jiwa
Aduuuuhhhh... sakitnya tiada kata kata

Biar kelmarin mereka  pernah menyakiti
pernah melukai
pernah membuang pandang 
tanpa rasa ,tanpa jiwa


Jangan diulang kisah kisah duka
Untuk bahagia mu
Jangan biar insan lain 
Berduka dan kecewa
Usah diulang melukai dan menyakiti

Kerana....
Kita masih bisa mencipta bahagia
Tanpa ada hati yang kau lukai...



Tuesday, October 4, 2016

Jalan yang kita lalui
Mungkin jalan yang sama
Namun kita punya haluan sendiri
Andai kita berpapasan
Tegurlah aku
Biar mungkin kita tidak saling tahu
Biar haluan kita berbeza
Aku masih saudaramu
Yang tidak mungkin terpisah
Dalam ingatan juga doa
Dan andai di jalan ini
Kita mungkin terpisah
Aku tetap seperti aku yang dulu
Masih mengingati
Masih menyayangi.....