Tuesday, August 9, 2016

Pesanan buat teman....

Bukan mudah mengatur ayat
biar manis, biar tertib, biar halus
moga  rambut tak putus
moga tepung tak selerak

moga air tetap tenang
biar pantai tetap bersih
biar ada gelora,,,,ombak tidak membadai
biar ada tsunami
pantai tetap landai
pepohon tetap melambai

bukan berpura
tapi usah menjeruk rasa
kita sabar dalam sepakat
kita satu biar seribu
kita kukuh bahu membahu
kerana kita pelopor melakar sejarah
mewarnai pelangi anak bangsa

kerana kita watak terbina
kerana kita maruah terbela
sedikit sama merasa

belajar memberi jua menerima
carik sama dijahit
luka sama diubati
tiada kata
kau siapa
aku siapa

untuk sebuah sejarah yang sedang kita bina
biar jadi tugu
jadi kenangan
biar terbilang

kerana kita sama
ada salah di mana mana
hati tetap satu
AYUH!!!!
kembalikan rasa nan jitu
kembalilah bersatu
moga ada damai  dalam tangis
ada cinta biarpun gerimis







No comments:

Post a Comment