Sunday, July 17, 2016

Persahabatan

Persahabatan
adakala bagai air mengalir lesu
sama menuju muara
namun umpama tiada nyawa

kadang juga 
bagai air sungai musim tengkujuh
laju derasnya meninggalkan mengaut semua
lekuk sungai bukan penghalang jua

kadangkala juga
bak hujan gerimis sesudah kemarau
menumbuhkan bibit bibit hijau kedamaian
menghilang panas suam sekian musim

atau mungkin juga bak pelangi yang terbit sesudah gerimis
manis dan berseri
mengisi ruang ruang suram dan sepi

mungkin juga umpama api yang marak
membakar segala cebusan cebisan kepercayaan
menghitamkan seluruh ruang kenangan
menghanguskan janji janji dilafazkan

kerana persahabatan itu
sayang. kasih . cinta
kerana NYA
jalin kembali tali persahabatan itu
bagai sabarnya lelabah
menjalin sarangnya
biar putus
tiada kata putus asa
tiada kata noktah
hanya usaha menjalin kembali
biar bersatu
dalam redhaNYA



No comments:

Post a Comment