Monday, May 11, 2015

KERANA DIA SEORANG...... GURU!!!!!

Dia seorang guru lama
bermula ketika ada kapur putih dan papan hijau
mengharung suka duka 
bersama anak anak didiknya
di saat dia hanya diminta mengajar membaca, menulis ,mengira
di saat aku juga sebagai muridnya
dan ketika usianya masih muda belia...

alangkah bahagianya dia ketika semula
hanya menghadap muridnya setiap ketika
membentuk sahsiah dan perilaku mereka
tanpa tekanan di mana mana

dengan permintaan ibu bapa

cikgu
didik anakku seperti anakmu
kau ajarlah mereka
asalkan tiada cedera
begitu dia dipercaya

dan setiap muridnya
tidak berani mengadu domba
kerana gurulah paling di percaya

kini
usiaku menginjak dewasa
mewarisi kerja cikguku
sebagai seorang guru
aku dan dia
jadi rakan sekerja
dalam suasana berbeza
jika dulu kapur putih temannya
kini
dia tegar mengetik kekunci komputer

sesekali dia berkata padaku
aku hanya nampak mata jernih mereka
biarpun aku dikira bersalah walau sekadar menjeling manja
tidak sanggup bersara walau sudah bisa
mereka masih perlu ku didik
dengan kasih dan mesra
biar aku sebenarnya sudah tidak terdaya

sesekali katanya padaku
" cikgu sudah tidak mampu mengetik kekunci komputer"
mengisi segala jenis fail fail bertimbun
sedangkan muridku terabai selalu
akhlak mereka semakin keliru

namun 
kerana dia seorang guru
setiap 16 MEI
dia melaungkan......

AMANAH YANG DIBERI
KAMI TAK PERSIAKAN
APA YANG KAMI JANJI
TUNAI TETAP KAMI TUNAIKAN

dia gagah kembali
mengisi sisa usia bersara
bergelumang dengan karenah muridnya
kerana dia seorang

GURU!!!



No comments:

Post a Comment