Wednesday, September 10, 2014

Mari bersama kita redha.....

Assalamualaikum,,,,,

Sedih mendengar bahawa UPSR Kertas Sains akan ditunda ke tarikh 30 hb September 2014. Bukan apa...mengenangkan anak murid yang begitu gembira lagi teruja baawa mereka akan merdeka hari ini, .....mengenang teman teman yang baru ja nak melunjur kaki melepas lelah setahun....rupanya nak kena berhempas pulas lagi untuk sehari yang bakal menjelang.....


Namun,,,,marah dan kecewakah yang perlu kita hamburkan????? Kata caci makikah yang perlu kita luahkan????? Sabarlah wahai teman,,,usah sedikitpun rasa kecewa,,,,,,,,, inilah rahmat yang Allah berikan pada kita,,,,Mungkin sebelum ini persediaan yang kita sediakan untuk anak murid belum begitu mencukupi sehingga perlu dibocorkan  soalan.....demi kejayaan mereka,,,Raih peluang beberapa hari ini untuk melengkapkan mereka sehabis baik....

Tunjukkan keyakinan anda kepada murid bahawa andalah guru mereka yang terbaik, bukan soalan bocor yang entah benar kesahihannya,,,,, Tunjukkan keikhlasan anda selama ini mengajar mereka bertahun, bahawa kesabaran anda mendidik mereka hanya perlu mereka balas dengan kejayaan yang ikhlas,,,,bukan kejayaan yang dicipta sehari dek soalan bocor....

Berikan keyakinan kepada mereka bahawa selama ini anda tulus ingin mengajar mereka untuk berjaya bukan mengajar mereka bahawa ada jalan pintas yang tidak jujur untuk berjaya dengan gemilang,,,,meskipun anda secara sedar ,tahu ada di antara murid anda tidak mudah untuk mencerap jalan pintas yang anda sediakan itu....

Menyediakan jalan pintas dengan membocorkan sesuatu yang rahsia bererti kita mendidik mereka untuk menjadi tidak jujur dalam hidup secara tidak sengaja tanpa kita sedari....

Oleh itu ,,,,wahai semua teman guru,,,,,,,,mari bersama kita redha apa yang telah berlaku,,,,maafkan diri sendiri......teruskan melangkah gagah dengan penuh kejujuran demi anak anak yang menunggu penuh keihlasan hadiah sebuah kejujuran dari kita....guru mereka.....

Dan untuk anak murid yang akan menduduki semula  ujian ini, jadikan ianya satu peluang untuk mencatat A dalam slip peperiksaan,

REDHALAH......

..

No comments:

Post a Comment