Sunday, September 21, 2014

JANGAN ADA BENCI




Hidup kita kebelakangan ini penuh rasa yang pelbagai. Marah, kecewa, rasa terpinggir, rasa tidak diperlukan, rasa terhina, dibenci serta seribu rasa yang sukar untuk ditafsirkan. Bagaikan budi yang menggunung pernah kita curahkan , hilang lenyap begitu saja.

Sakitnya perasaan perasaan ini. Mengertikah mereka dengan apa yang berlaku kini ? Tidakkah mereka ingin menuding juga pada diri sendiri?

Namun marahkah yang perlu kita hamburkan?.Kata nista dan cercaan kah? Lupakan semuanya. Mari bersama kita bermuhasabah.Nilai kembali semuanya. Pasti terselit silap di mana msns. Biar sekecil kuman, ianya akan memberi kesan terhadap apa yang kita lalui kini.

Apa yang diharapkan, bangunlah semula demi masa depan pendidikan  dan masa depan pemimpin kecil yang bakal menerajui negara tercinta ini.


No comments:

Post a Comment