Thursday, May 15, 2014

TERIMA KASIH CIKGU

Sentuhan kasih pada jemariku
Mengajar memegang pensel
Membentuk huruf dan angka
Dengan getaran suara nan mesra
Mengajar ku mengeja dan membaca
Menasihati jika tersalah
Sesekali  meleteri seumpama ayah dan bonda
Cuma satu niatnya 
Bagai anak sendiri
Mereka mahu kita jadi yang terbaik
Untuk masa depan 
Yang belum pasti
Namun itulah guruku
yang telah mengajar tulis baca
menjadikan aku dewasa
bergelar guru
yang kini menyedari apakah yang mereka pernah impikan
Pada anak -anak yang diasuh dan dididik seharian
Melebihi anak sendiri
yang diserahkan pada orang lain untuk perhatian
Semoga semua guruku
Dirahmati dengan ilmu yang telah mereka manfaatkan.


No comments:

Post a Comment