Tuesday, April 8, 2014

Khas buat NURUL SYUHADA HARUN

Makmal Komputer dan Bilik Akses. Tempat paling sinonim untuk teman baik kami Nurul Syuhada Harun. Juruteknik pertama di SKBRD.Dia datang ketika masih gadis.Sangat baik dan mudah menolong. Amat mudah bekerja dengannya. Sebarang masalah berkaitan komputer, dialah rujukan kami. Tak putus putus membantu, walau adakalanya kelihatan begitu letih dengan karenah kawan kawan dan murid murid di sini.

Beberapa tahun bekerja dia berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata yang masih kecil. Berjauhan dengan suami demi tugas. Walau jauh dari suaminya komitmen terhadap tanggungjawab tidak pernah pudar.

Namun musim berganti, hari berlalu. Tiba musim baru untuk Nurul bertugas berhampiran dan hidup bersama anak dan suaminya sebagai sebuah keluarga sempurna.Walaupun berat kaki melangkah, walau berat kami melepaskan, kami relakan dia untuk memulakan tugas di tempat baru.

Pertemuan terakhir sebelum dia berangkat ke Malaysia Timur, ternyata begitu membuai ingatan.terasa akan hilang seorang teman baik.

Untuk Nurul yang kami sayangi, bahawa setiap jasa Nurul akan kami kenang, pertolongan, kesabaran, kebaikan , kemesraan, serta apa saja yang kita pernah lalui beberapa tahun yang lalu bersama akan sentiasa dalam ingatan.

Teruskan usaha baik Nurul.Tiada hadiah besar.dari kami. Cuma ingatan ikhlas pada nilai persahabatan 
yang telah kita jalinkan akan sentiasa tersemat kukuh. 

Selamat bertugas.

No comments:

Post a Comment