Sunday, December 23, 2012

Ketaksuban Cinta

telah dia benamkam
permata-permata miliknya ke dasar taasub cinta yang paling dalam
hingga kian pudar sinar yang sebelumnya begitu cemerlang

aku yang hanya mampu menyaksikan
terpegun dan terkedu
terkesima menahan sendu
kerana permata-permata itu sebahagiannya juga milikku

aku hanya mampu menjadi pendengar setia
permata hatiku meluah derita...
aku?
hanya sanggup menyatakan yang aku masih mengasihinya
dan masih sanggup mencurah rasa cinta

aku masih sanggup...
melihat permataku terbenam perlahan lahan
tanpa ku hulur tangan
bagi menariknya keluar
dari lumpur ketaksuban

dayuskah aku?
kerana tidak mampu walau hanya sepatah isyarat bisu?
menjadi pemerhati yang hanya menggumam
terkumat kamit tanpa perkataan!!!!\

hinakah aku?
hanya menahan rasa duka dan kecewa
tanpa airmata.......
walaupun nada kesalku menggunung tingginya...
aku masih tidak mampu
menahan kehendak pewaris mutlak.

aku hanya mampu
menggulung rasa kecewa dalam payah
seolah aku turut sama pasrah
membiar yang berhak membenam permata  ku jua
dalam ketaksuban yang tidak berpenghujung........


kuala lumpur/ disember 2012

tengku azemah tengku awang

Menyusuri malam .....baru lepas ber fb,,,jumpa kawan lama......hmmmm,,,,lama sungguh tak jmpa, hampir 20 tahun....mengenang waktu bersama menyusuri dunia pendidikan...baru mula mengenal anak anak yang dahagaakan ilmu...nun jauh di Kg Raja ,Besut, Terengganu....beliaulah antara barisan teman yang begitu baik dan begitu membantu....kami sering bersama....mungkin saya adalah perantau di situ, maka hubungan anatara teman amat dihargai...

Terlalu banyak kenangan manis...tak dapat diungkapkan dengan kata-kata,,,,,

dan untuk temanku yang ku sayang .....bahawa setiap apa yang pernah kita lalui bersama....terimakasih  dariku untukmu....kau tetap dalam ingatan