Monday, October 1, 2012

Bijaklah menilai.

Assalamualaikum.....hmmmm....lamanya tak menulis di sini.....jenguk selalu....tapi idea yang ada kadang kadang hilang dibawa angin lalu dek kesibukan kerja seharian....hari ni rasanya nak share tentang bagaimana menilai , memberi penilaian dan dinilai.   haaa apa pulak ni......?

Menilai sesorang dari sisi kita sendiri adalah berbeza dengan apa sebenarnya yang berlaku pada individu yang kita nilai

Mungkin pada pandangan kita seseorang tidak patut untuk melakukan sesuatu perbuatan yang pada nilaian kita itu tidak benar, namum mungkin bagi si pelaku apa yang dilakukannya adalah sesuatu yang perlu dan betul..

Tapi pada seorang yang lain yang mendengar pandangan dan penilaian kita tadi , mungkin mempunyai tanggapan berbeza dari sudut pandangan yang berbeza.

Hmmmm...letihkan?!!! Jadi....sebelum melakukan seusatu, kita perlu memikir, mengkaji  dan menilai kesan dari apa yang bakal kita lakukan. Kerana....penilaian yang akan kita terima dari orang lain adakalanya memedihkan dan mungkin tak masuk diakal....

Jadi renung renungkan.......