Wednesday, June 29, 2011

HIDUP KITA YANG RANCANG ,ALLAH TENTUKAN.

Perjalanan hidup kita ini tak selalunya indah.Ada masa ceria, ada masa duka. Tidak semestinya apa yang kita idam idamkan akan menjadi kenyataan. Mungkin kita pernah merancang sesuatu dengan teliti dan perjalanan rancangan itu berlansung dengan jayanya dan hasilnya kita berjaya mencapai apa yang kita kehendaki itu.

Namun sebaliknya pula mungkin apa yang kita inginkan tidak berlaku seperti yang kita rancangkan.Bukankah ALLAH itu MAHA MENENTU? Kita munkin perencana yang bagus. Tapi PENENTU yang begitu Berkuasa itu bukan kita. Dan kita hanyalah hamba......Setiap dari jalan hidup yang kita lalui ini hanyalah ihsan dari YANG MAHA MENENTU itu.

Apa yang kita perlukan untuk mengatasi kekecewaan hasil dari rencana kita yang telah gagal itu? KESABARAN DAN RASA SYUKUR dengan apa yang telah berlaku.Sudah pasti ada hikmah disebalik segala ketentuannya......Siapa tahu????? Akan terlahir lebih banyak kebaikan dari bala yang telah ditimpakan ke atas kita. Dan kita akan dimasukkan ke dalam golongan orang orang yang tahu bersyukur!!!!

Jadi jalanilah hidup anda dengan penuh kebahagian, walaupun mungkin kita mungkin telah ditimpa musibah. Perbaiki diri, tambahkan amal, panjatkan kesyukuran dan tabahkanlah hati menghadapi segala dugaan....

Semoga anda akan pasti menikmati kemanisan di hujung hidup yang penuh dugaan ini.....
kerana HIDUP KITA YANG RANCANG ,ALLAH TENTUKAN......

No comments:

Post a Comment