Monday, March 21, 2011

Muhasabah Bersama...

~ Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Yaa'juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. (H.R. Muslim).
~ ” (Surah Bani Israel, ayat 58) Ayat itu menggambarkan bahawa, sebelum tiba kiamat, keseluruhan negeri berada dalam keadaan tidak selamat. Kerosakan dan huru- hara akan berlaku di mana- mana. Manusia juga berkelakuan tidak senonoh.
~Sebelum terjadinya Asyratus Saah Al Kubra (Tanda-tanda Kiamat Besar), Rasulullah saw. menceritakan beberapa tanda-tanda kecil lainnya yang telah terjadi, di antaranya:

*Penaklukan Baitul Maqdis,
*Menyebarnya penyakit Thaun di Anwas,
*Terjadinya berbagai macam fitnah,
*Menyebarnya perjudian, arak, zina, rompakan dan muzik dianggap halal,
*Banyaknya kemusyrikan di kalangan umat Islam,
*Budak wanita melahirkan tuannya,
*Orang tua banyak yang bersikap seperti anak muda,
*Tersebarnya penyakit kikir dan bakhil,
*Banyak perdagangan dan pasar makin berdekatan,
*Mengucapkan salam hanya kepada orang yang dikenalinya,
*Lenyapnya orang-orang soleh,
*Banyaknya pembohongan dan sumpah palsu,
*Banyaknya kematian mendadak,
*Wanita-wanita berpakaian tetapi telanjang,
*Banyak hujan tapi tumbuh-tumbuhan hanya sedikit,
*Banyak huru-hara dan pembunuhan,
*Disia-siakannya amanat,
*Munculnya orang-orang yang mengaku sebagai nabi, bahkan jumlahnya mencapai 30 orang,
*Banyaknya kaum wanita dan sedikitnya kaum lelaki, hingga perbandingan mencapai 50 nisbah 1,
*Banyaknya perbuatan keji, pemutusan silaturahim dan buruknya hubungan antara tetangga,
*Dihilangkannya ilmu dan kebodohan merajalela,
*Orang-orang miskin berlumba-lumba dalam membangunkan gedung,
*Sering terjadinya gempa bumi, perubahan muka, dan rusuhan,
*Orang yang hina diberi kedudukan yang terhormat, dan sebagainya.

“Dan pada hari itu ingatlah manusia, tetapi tidak berguna lagi peringatan itu baginya.” (Al-Fajr, ayat 23).

~ segala2nya menunjukkan bahawa seolah-olah semakin dekat kiamat yg dijanjikan Allah S.W.T, tidak terlintas niat untuk meramal kiamat yg menjadi perkara ghaib yg tidak diketahui manusia seperti juga kematian yg tidak diketahui masa dan ketikanya..\
~namun sebagai perkongsian dalam mengingatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat supaya mengelakkan kita dari terleka dengan nikmat dunia yang sememangnya semakin hari semakin susah untuk dibendung...
~ bersama menyelamatkan umat islam yg dilihat semakin leka dengan hasutan Barat yg sememangnya berjanji akan menarik umat islam untuk bersama2 mereka dalam kesesatan...



http://www.facebook.com/profile.php?id=100001452914738

No comments:

Post a Comment